Lee Hup Wei sah bersara selepas tidak disenarai ke Sukan SEA?

285

Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei sah bersara dari dunia lompat tinggi selepas namanya tidak tersenarai ke Sukan SEA Vietnam yang akan berlangsung pada Mei depan.

Pengumuman mengenai perkara itu dibuat sehari sebelum Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bermesyuarat khas dalam menentukan atlet yang akan dibawa ke Hanoi.


Untuk temasya kali ini KOM telah memilih sebanyak 30 atlet untuk menggalas cabaran Malaysia dalam acara olahraga.

Terdahulu Hup Wei tewas kepada atlet muda apabila berkongsi ketinggian 2.10 meter dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil, pada masa sama turut gagal melepasi had kelayakan untuk ke Sukan SEA iaitu 2.15 meter.

Bagaimanapun persoalan timbul adakah tindakan untuk tidak menyenaraikan Olimpian negara itu satu tindakan adil? Adakah berlaku pilih kasih antara atlet mana yang layak dibawa? Atau beliau tidak dipilih kerana mahu memberi peluang kepada atlet muda?

Ini kerana KOM telah memberi peluang kepada pemenang pingat emas acara pecut 100meter iaitu Haiqal Hanafi walaupun beliau gagal melepasi kelayakan.

Untuk rekod atlet berusia 34 tahun itu pernah memenangi lima pingat emas dan satu perak di Sukan SEA sejak tahun 2007.

Selain itu beliau juga pernah meraih pingat emas pada Kejohanan Asia. Rekod peribadi terbaik beliau lakukan adalah pada tahun 2019 apabila berjaya membuat lompatan setinggi 2.29 meter.

Berdasarkan kenyataan sebelum keputusan oleh MOM sememangnya beliau akan mengundurkan diri jika tidak disenaraikan, namun sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi oleh tuan empunya badan selepas keputusan itu diumumkan.

Adakah akan berlaku berlaku keputusan u-turn selepas ini? Akan KOM tetap dengan pendirian mereka dan Hup Wei akan bersara dan menukar karier sebagai jurulatih pula selepas ini? Sama-sama kita tunggu.