Pihak atasan sibuk rebut kuasa, peminat pula sibuk usahakan bantuan kepada pemain Perak

10,348

Nampaknya kemelut dalam pasukan Perak FC tidak akan selesai dalam masa terdekat ini apabila satu persatu masalah timbul dan sehingga kini tiada jalan penyelesaian yang dicapai.

Pergelutan kuasa orang atasan telah memberi impak kepada pemain-pemain yang sehingga kini masih menunggu gaji mereka yang tidak dibayar sehingga mereka kini hidup dalam kesempitan.


Lebih parah lagi apabila tular video yang didakwa dari pasukan Perak yang dilihat makan sup kosong beramai-ramai selepas satu sesi latihan.

Sedih melihat perkara itu berlaku, rata-rata peminat The Bos Gaurus sedia membantu pemain-pemain menerusi usaha kutipan derma.

Sumber foto: Seladang Fan Club

Seorang pengguna Facebook bernama Firdaus Roslan berkata inilah masa untuk penyokong tampil menghulurkan bantuan.

“Buat kutipan derma, ini la masanya penyokong nak bantu pasukan. Setiap pasukan ada jatuh dan turun. Minta kelab penyokong uruskan kutipan ini. Saya pasti penyokong masih sayang pasukan Perak,”

tulisnya di ruangan komen Facebook Seladang Fan Club.
Sumber foto: Seladang Fan Club

Tambahnya lagi, sekiranya kutipan derma akan dibuat mereka tidak akan menyerahkan wang derma kepada pihak pengurusan kerana bimbang wang tersebut akan disalah guna.

Ramai yang bersetuju dengan cadangan Firdaus dan berkata kutipan derma itu patut diuruskan oleh kelab penyokong sendiri.

Sumber foto: Seladang Fan Club

Selepas membuat kutipan, mereka akan memberi akan bertemu dengan pemain-pemain sendiri untuk memberikan sumbangan dari kutipan derma dan bukannya melalui orang tengah.

Dalam pada itu, ada juga peminat yang menyuarakan kemarahan mereka dengan berkata bola sepak Perak menjadi huru-hara dan rosak dek campur tangan orang politik.

Sumber foto: Seladang Fan Club

Sampai bila masalah gaji pemain Perak akan berterusan? Mereka (pihak pengurusan) pasukan ini tiada sifat kasihan terhadap pemain-pemain yang terjejas ke? Buangkan sifat tamak dan gila kuasa untuk kebaikan semua.

Sumber foto: Seladang Fan Club

Perebutan kuasa dan perbalahan antara siapa yang akan memegang tampuk kepimpinan perlu dihentikan segera dan mereka perlu cari jalan penyelesaian dengan segera.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen