Penyokong Terengganu FC & Sri Pahang FC kini jadi ‘collecter ticket’

218

Apa akan jadi pada saingan Liga Malaysia pada musim ini? Liga bermula dengan langkah kiri apabila beberapa perlawanan terpaksa ditunda dek jangkitan COVID19.

Antara perlawanan yang menjadi tumpuan yang ditunda adalah Sri Pahang FC (SPFC) menentang Terengganu FC (TFC).


Nasib malang Terengganu berterusan apabila Malaysian Football League (MFL) baru sahaja mengumumkan dua perlawanan menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam saingan Liga Super dan Piala FA terpaksa ditunda.

Pahang juga berdepan situasi sama apabila perlawanan kedua Liga Super menentang Selangor FC dan perlawanan Piala FA menentang Manjung City FC turut dibatalkan.

Bagaimanapun peminat tak perlu risau kerana tiket yang sudah dibeli masih boleh digunakan untuk perlawanan tersebut selepas satu tarikh baru ditetapkan kelak.

Pada masa sama rasanya tiada keperluan untuk pasukan menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap waktu perlawanan kerana dengan situasi ketika ini mereka perlu fikirkan memastikan setiap pemain mereka berada dalam situasi selamat.

Mereka juga perlu pastikan setiap pemain sudah bersedia dari segi mental dan fizikal kerana mereka berkemungkinan akan bermain secara back to back, dan diharap tidak timbul pula isu lain seperti pemain kepenatan kerana banyak perlawanan.

Pihak MFL juga perlu merancang dengan baik supaya jadual liga tidak menjadi huru-hara apabila terlalu banyak penundaan perlawanan.

Sekiranya terlalu banyak, pihak MFL perlu cari jalan untuk memastikan ia tidak menjejaskan perjalanan liga kerana jika ia berlarutan maka mereka perlu buat satu keputusan untuk pastikan kelangsungan liga.

Baru-baru ini pun pihak MFL telah pun memberi bayangan saingan Piala FA berkemungkinan besar akan dibatalkan sekiranya kes COVID-19 membabitkan pasukan bola sepak semakin meningkat dan ia sudah pun membuatkan segelintir pihak tidak senang dengan perkhabaran itu.

Mungkin mereka boleh menjadikan liga-liga di Eropah sebagai panduan berikutan di sana juga banyak pasukan yang terjejas akibat COVID-19 tetapi liga mereka tetap berjalan dengan lancar.

Semoga Liga Malaysia dapat diteruskan tanpa sebarang penundaan mahu pun dibatalkan.