Lee Hup Wei enggan komen selepas rayuan ke Sukan SEA ditolak

Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei enggan mengulas lanjut selepas rayuannya untuk ke Sukan SEA Hanoi telah ditolak Jawatankausa Pemilihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).
“Kita tunggu senarai keluar dulu,”
ringkas jawapan Hup Wei kepada Harimau Malaya.
Terdahulu pemenang pingat emas empat kali Sukan SEA itu dilaporkan akan bersara sekiranya namanya tidak tersenarai dalam temasya kali ini.
Namun, beberapa hari kemudian Hup Wei dilaporkan menerima talian hayat apabila MOM dikatakan akan merombak nama wakil negara bagi acara lompat tinggi, sekaligus menjadikan Sukan SEA menjadi penampilan terakhirnya.
Tetapi semalam Presiden KOM, Datuk SM Muthu telah mengeluarkan kenyataan dengan berkata rayuan Hup Wei telah ditolak dan beliau digantikan dengan Mohamad Eizlan Dahalan bagi menggalas cabaran Malaysia dalam acara lompat tinggi.
Dalam kenyataan sama, Muthu turut meluahkan penghargaan dan memuji pencapaian serta pengorbaan beliau untuk negara selama ini dan melabel Hup Wei sebagai ikon olahraga dalam dan luar negara.
Senarai penuh atlet yang akan disenaraikan ke Hanoi dijangka diumum pada minggu ini yang mana KOM akan menghantar seramai 36 atlet.
Terdahulu jaguh jaguh pecut negara Muhammad Haiqal Hanafi mendapat talian hayat apabila tersenarai dalam kategori B, bagaimanapun beliau hanya akan beraksi dalam acara 4×100 meter.
Haiqal disenarai dalam kategori B selepas beliau gagal melepasi gagal melepasi catatan masa yang ditetapkan walaupun berjaya meraih pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia.
Sementara itu, sekiranya senarai yang akan diumumkan kelak Hup Wei tidak tersenarai, atlet berusia 34 tahun akan menepatinya untuk bersara dari dunia olahraga.