Tan Sri Annuar Musa terlalu sibuk nak komen berkaitan kemelut KL City FC

8,274

Selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), YB Khalid Abdul Samad tampil bersuara mengenai kemelut yang berlaku dalam pasukan KL City FC (KLCFC), ramai yang menanti kenyataan daripada bekas Presiden KLCFC sendiri iaitu Tan Sri Annuar Musa.

Harimau Malaya cuba menghubungi tetapi setiausaha politiknya memaklumkan kepada kami bahawa Annuar kini sedang sibuk dengan Perhimpunan Agung UMNO (PAU).


Annuar dilantik sebagai presiden pada Februari 2021 yang mana beliau meletak jawatan pada Februari lalu kerana kekangan masa untuk memimpin KLCFC sejak dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Ketika memegang tampuk kepimpinan KLCFC, Annuar turut menjadi salah satu penyumbang kepada kejayaan KLCFC menjulang Piala Malaysia 2021 selepas menundukkan juara lapan kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Terdahulu dalam satu temubual eksklusif Khalid Samad bersama Harimau Malaya, beliau mendedahkan kemelut dalaman KLCFC adalah berpunca daripada Meteri Wilayah ketika itu yang mana ketika itu jawatan itu disandang oleh Annuar.

Kemelut itu berlaku apabila kerajaan tumbang dan Menteri Wilayah baru dilantik iaitu Annuar, bagaimana Khalid cuba mengasingkan bola sepak dengan fahaman politik, tapi ternyata gagal.

KLCFC yang sudah menjalinkan kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sepatutnya akan menyalurkan dana berjumlah RM5 juta pada musim, tetapi ia diberi dalam ansuran yang mana bayaran pertama berjumlah RM2.5 juta.

Selepas itu, mereka telah berbincang mengenai penswastaan yang mana mereka syarikat swasta beli 50 peratus saham pasukan yang mana Annuar kemudian mencadangkan syarikat kenalannya dan jika pihak Khalid terima cadangan itu baru pihak DBKL akan bagi baki RM2.5 juta.

Apabila syarikat itu bersetuju untuk beli saham itu dengan harga RM5 juta, mereka hanya bayar RM1.3 juta dan selebihnya mahu menggunakan wang DBKL sebagai duit saham syarikat itu.

Sehingga kini masih belum ada pihak yang tampil menyangkal pendedahan yang dibuat oleh Samad ketika ini.

Dalam pada itu, terdapat khabar angin yang mengatakan Tan Sri Zahid Hamidi akan menjawat presiden KLCFC tetapi beliau tampil menyangkal dakwaan tersebut.

Menerusi satu kenyataannya di Facebook miliknya, Zahid secara terang menjelaskan beliau tidak terlibat dalam mana-mana persatuan bola sepak kerana banyak perkara yang lebih mustahak untuk diutamakan.

Malah beliau turut bersetuju dengan salah seorang pengikutnya yang mencadangkan bekas pemain bola sepak yang jadi presiden dan tidak melantik orang politik menjawat jawatan tersebut.

Diharap kemelut yang menimpa KLCFC dapat diselesaikan segera supaya pemain, barisan kejurulatihan dan staf tidak menjadi mangsa keadaan.