Rombakan Liga Malaysia hanya boleh dilaksanakan pada 2024

1,514

Baru-baru ini dunia bola sepak tanah air kecoh dengan khabar angin mengenai rombakan Liga Malayasia akan berlaku pada musim hadapan.

Rombakan yang dimaksudkan adalah menambah pasukan dalam Liga Super dari 12 kepada 18 pasukan dan Liga Perdana dibubarkan buat sementara waktu.


Apa yang membuatkan ramai peminat yakin perubahan besar bakal berlaku dalam liga tempatan selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Liga Malaysia kurang kompetitif kerana kekurangan perlawanan.

Sumber foto: FAM Facebook

Pelbagai reaksi mengenai perubahan format liga ini yang mana ada antaranya setuju dan ada juga yang tidak bersetuju kerana merasakan ia tidak akan menjadikan saingan liga lebih kompetitif, sebaliknya memberi kelebihan kepada pasukan besar sahaja.

Pelbagai aspek yang perlu diambil kira oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) dan secara realistiknya pertukaran format liga tidak akan dapat dilaksanakan pada musim depan, sebaliknya hanya boleh diperkenalkan pada tahun 2024.

Ini kerana setiap pasukan masih lagi belum dimaklumkan mengenai format baru itu selain belum tahu bagaimana proses pemilihan pasukan yang akan naik ke liga super kerana ketika ini di Liga Perdana terdapat 10 pasukan yang mana tiga daripadanya adalah feeder club (Selangor FC II, Terengganu FC II & JDT II).

Tolak tiga pasukan feeder club, tinggal pasukan dalam Liga Perdana dan hanya enam pasukan sahaja akan dinaikkan ke Liga Super.

Apa akan jadi pada sebuah lagi pasukan dan tiga feeder club? Adakah kesemua pasukan ini akan turun ke Liga M3? Jika diturunkan liga, apa akan jadi pada pasukan M3 kerana ketika ini pun sudah mempunyai 20 pasukan yang dibahagi kepada dua kumpulan.

Sumber foto: FAM Facebook

Banyak perkara yang perlu diperhalusi sebelum sebarang keputusan dibuat kerana bagi memastikan tiada masalah atau ketidakpuasan hati dan bias timbul kelak.

Perkara paling penting adalah memastikan setiap pasukan yang akan bertanding menepati kriteria yang ditetapkan supaya tiada isu yang akan timbul pada masa akan datang.

FAM dan MFL juga perlu mendapatkan khidmat nasihat pakar seperti ketua jurulatih negara Kim Pan-gon dan staf kejurulatihannya yang mempunyai pengalaman luas, dan mereka juga boleh melihat liga di negara jiran yang lebih maju dan kompetitif, misalnya Jepun, Korea Selatan, Australia dan juga Thailand.

Tidak dapat dinafikan sememangnya penting untuk menepati standard AFC, tetapi mereka perlu bersikap realistik mengenai kemampuan liga negara. Jangan jadikan liga serabut dan tidak teratur seperti ketika ini.

Banyak perlawanan adalah sesuatu yang bagus untuk sesetengah pasukan untuk memastikan setiap pemain berada dalam prestasi terbaik selain dapat beri peluang kepada lebih ramai pemain minit permainan, tetapi pihak berwajib perlu pastikan jadual liga disusun dengan elok.

Perkara paling utama adalah setiap pasukan dan pemain perlu memberi kerjasama sepenuhnya jika pemain mereka dipanggil untuk menyertai kem negara. Mereka perlu ingat, negara lebih besar dari kelab (walaupun kelab yang bayar gaji).

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen