Selepas Panda Cyber FC mungkin akan wujud pula T&G FC, Grab FC atau Shopee FC?
Dunia bola sepak tempatan semakin berkembang di negara apabila semakin banyak kelab bola sepak ditubuhkan dan menyertai saingan liga setempat.
Terbaru sebuah salah sebuah syarikat e-commerce penghantaran makanan terbesar negara iaitu Foodpanda telah menubuhkan kelab bola sepak mereka sendiri, Panda Cyber FC yang kini bersaing dalam Amateur Cyber League (ACL).
Pasukan Panda Cyber yang dibarisi oleh seratus peratus rider Foodpanda ini kini berada dalam kedudukan kedua liga dan diramal mampu merebut gelaran juara.
Dengan adanya kelab Panda Cyber, adakah ia akan menjadi trend buat syarikat-syarikat e-commerce lain?
Adakah selepas ini kita akan melihat kemunculan T&G FC, Grab FC, Shopee FC, Lazada FC dan banyak lagi? Sekiranya ia menjadi kenyataan sudah pasti ia akan merancakkan lagi saingan liga tempatan.
Malah tidak mustahil satu hari mereka mampu bersaing dalam Liga M3, Liga Perdana mahu pun Liga Super.
Dengan mempunyai ‘peminat’ tersendiri, rasanya amat mudah untuk memasarkan kelab kepada peminat bola sepak tanah air terutamanya pelanggan mereka.
Sudah pasti nilai komersial liga yang disertai oleh kelab-kelab ini akan meningkat naik berikutan kita semua sedia maklum dengan strategi pemasaran mereka yang sangat agresif yang mana ia telah berjaya raih keuntungan berlipat kali ganda.
Jadi tidak mustahil mereka juga mampu meraih pendapatan lumayan menerusi kelab bola sepak. Siapa tahu?