Musim ini adalah musim terakhir Mo Salah di Liverpool?

2,922

Apabila bercakap mengenai Liverpool, sudah semestinya nama pemain yang akan di sebut-sebut adalah Mohamad Salah di mana beliau merupakan pemain terbaik kelab itu sejak beberapa musim lalu.

Bagaimanapun peminat skuad yang diberi jolokan The Reds itu kini bimbang samada penyerang kesayangan mereka itu akan terus kekal di Anfield atau tidak memandangkan rundingan kontrak Salah sejak awal musim ini masih lagi menemui kata putus.


Ini kerana Salah dilaporkan menuntut gaji setinggi £400,000 (RM2.2 juta) seminggu iaitu kenaikan sebanyak £200,000 dari gajinya ketika ini.

Beliau juga menjelaskan jumlah gaji yang dimintanya tidak terlalu melampau dan mampu dibayar oleh kelabnya.

Sekiranya tuntutan gaji barunya dipersetujui oleh kelab, maka Salah akan menjadi pemain termahal di Liverpool dan berkongsi di tempat kedua sebagai pemain dengan gaji tertinggi di Liga Perdana Inggeris bersama Kevin De Bruyne (Manchester City).

Adakah Salah meminta gajinya dinaikkan kerana sudah tidak mahu bersama kelab itu berikutan tidak mahu lagi ‘dibayangi’ Sadio Mane? Ini kerana sudah dua kali kedua-dua pemain ini bertembung ketika masing-masing menyarung jersi kebangsaan yang mana Mesir telah kalah dalam dua perlawanan penting sebelum ini.

Pada awal tahun lalu, kedua-dua mereka bertembung pada perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) yang menyaksikan Mane menjadi hero untuk Senegal apabila menjaringkan penalti untuk menjulang trofi.

Terbaru, Mesir sekali lagi bertemu dengan Senegal dalam perlawanan kelayakan play-off Piala Dunia 2022 untuk merebut slot ke pusingan akhir yang mana menyaksikan Mesir sekali lagi tewas dalam penentuan sepakan penalti.

Dalam penentuan sepakan penalti itu, Salah telah menjadi salah satu punca kekalahan pasukannya selepas sepakannya melambung tinggi melepasi palang.

Bagaimanapun apabila melihat semula video sepakan tersebut, pengadil sepatutnya mengarahkan agar sepakan itu diambil semula berikutan ketika Salah mengambil sepakan, penyokong lawan menyuluh lazer di mukanya sekaligus menggangu penglihatan dan fokus pemain itu.

Kekalahan dua kali berturut-turut dalam perlawanan penting sudah pasti membuatkan Salah sangat sedih dan kecewa dengan keputusan itu.

Sememangnya Salah dan Mane mempunyai hubungan yang baik berikutan mereka adalah rakan sepasukan, namun sudah pasti situasi kurang senang akan berlaku antara mereka apabila turun berlatih dan beraksi bersama Liverpool.

Persoalan kini adakah Salah akan terus kekal di Liverpool atau tidak? Dengan proses rundingan yang masih belum selesai, ditambah pula dengan dua kekalahan pahit di tangan pasukan Sane ia pasti akan mempengaruhi keputusan Salah kelak.

Jika Salah ambil keputusan untuk keluar dari pasukan kendalian Jurgen Klopp, ke manakah destinasi terbaru Salah? Real Madrid, Barcelona, PSG? Sama-sama kita tunggu.