Takkan sebab Arif Aiman & Luqman Hakim, skuad B-23 jadi mangsa? – Lim Teong Kim

13,395

Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim (LTK) mempersoalkan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mengatur sebarang perlawanan untuk skuad kebangsaan B-23 pada jendela antarabangsa yang pertama.

Menurut Teong Kim, hanya dua pemain B-23 sahaja yang menyertai skuad senior iaitu Arif Aiman dan Luqman Hakim.


“Saya pun tanya diri sendiri kenapa pasukan B-23 negara tidak buat perlawanan persahabatan sedangkan pasukan B-23 negara lain mengambil kesempatan untuk perkuatkan skuad dengan mengadakan siri perlawanan persahabatan.

Dalam skuad senior cuma ada orang sahaja pemain B-23 iaitu Arif (Aiman) dan Luqman (Hakim), jadi rasanya tidak boleh dijadikan sebab kerana kedua-dua mereka tiada, skuad B-23 tak perlu buat perlawanan persahabatan.

Inilah masa untuk jurulatih B-23 beri peluang kepada pemain lain untuk turun beraksi tapi sebaliknya berlaku,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Tambahnya lagi, FAM sepatutnya sudah lama merancang perlawanan persahabatan untuk skuad B-19 dan B-23 bersama dengan skuad senior.

Ini kerana skuad kendalian Brad Maloney mempunyai beberapa kejohanan besar iaitu Sukan SEA Hanoi pada Mei dan Piala Asia B-23 pada Jun depan.

“Apa yang saya boleh katakan adalah pihak berkenaan (FAM) tidak tahu apa yang mereka buat.”

Dalam saingan Piala AFC B-23 depan, Malaysia telah diundi dalam kumpulan C bersama-sama pasukan Korea Selatan, Vietnam dan Thailand.