Kobe mahu jadi Jamie Vardy versi Malaysia

2,657

Kobe Jae Chong, pemain kacukan Malaysia-Jamaica berkata beliau menjadikan penyerang Leicester City, Jamie Vardy sebagai inspirasi karier yang mahu beliau ikuti.

Menurut Kobe, perjalanan karier Vardy yang mirip dengannya memberikan beliau semangat untuk terus bermain bola sepak.


“Memang saya sudah bergelar sebagai pemain profesional tetapi cita-cita saya mahu mencapai tahap permainan yang lebih tinggi seperti Jamie Vardy,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam kariernya sebagai pemain, Kobe telah bermain untuk tiga pasukan Non-League seperti Banbury United, Redditch United, dan Sutton Coldfield Town dan kini telah pun bergelar sebagai pemain profesional bersama Peterborough United.

Untuk pengetahuan, Vardy juga bermain untuk tiga pasukan Non League iaitu Stocksbridge, Halifax Town dan Fleetwood Town sebelum dia ditandatangani oleh Leicester City dan menikmati sukses di sana.

Walaupun corak permainan dan posisi mereka tidak serupa, kelajuan Kobe dan Vardy di atas padang seakan-akan serupa apabila mereka sering menggunakan kelajuan yang mereka ada untuk menembusi benteng lawan.

Kobe juga menyatakan bahawa dia mahu memperbaiki ketenangannya di atas padang.

“Perkara utama yang saya perlu perbaiki adalah ketenangan saya di dalam padang dan saya juga rasa saya perlu perbanyakkan penggunaan ruang tengah padang ketika tengah menyerang,”

Untuk mencapai tahap seperti Vardy, Kobe perlulah bersabar kerana peluang dan kejayaan itu tidak datang bergolek.

Selagi beliau terus berusaha dan tekad dalam memperbaiki permainannya, tidak mustahil beliau mampu mengikut jejak langkah Vardy.