Jurulatih jangan buka pekung kelab masing-masing

137

Trend membongkarkan rahsia dalam kelab tidak dipersetujui oleh jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee.

“Masalah dalaman seharusnya dibincangkan. Kalau tidak berpuas hati gunalah jalan lain yang lebih baik. Janganlah membuka pekung di dada,”

Katanya kepada Harimau Malaya.

“Setiap kelab dan persatuan sudah pasti mempunyai masalah yang tersendiri. Walau bagaimanapun, itu tidak boleh dijadikan alasan buat seseorang untuk menggunakan cara yang salah bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pihak pengurusan.”


Bukan itu sahaja, menurut Kim Swee sebelum hadir dan memilih untuk menjadi jurulatih untuk sesuatu pasukan, adalah amat penting untuk mereka mengkaji akan status pasukan tersebut sebelum memilih untuk mendatangani kontrak.

“Jika beliau sanggup menandatangani kontrak tersebut, maka bersiap sedia untuk menerima cabaran.

“Jika mereka sedar status kewangan kelab yang ingin mereka sertai itu tidak stabil, mereka ada kebebasan untuk tidak menandatangani kontrak yang ditawarkan oleh pasukan itu.

“Tiada sesiapa yang memaksa mereka untuk menyertai pasukan tersebut. Sebagai seorang profesional, penggunaan medium yang betul dalam meluahkan kegusaran amat penting kerana imej pasukan yang diwakili bakal tercemar sekiranya berlaku sebarang kontroversi.

“Kemungkinan untuk dipecat selepas tewas tiga kali berturut-turut itu ada walaupun jarang berlaku. Dipecat selepas tewas 5-6 perlawanan berturut-turut itu perkara biasa.”

Dalam pada itu, Kim Swee turut menekankan bahawa setiap pasukan harus memberikan sasaran yang realistik kepada jurulatih-jurulatih yang mahu ditandatangani.

“Sebagai contoh, pasukan A mempunyai bajet sebanyak 100 juta manakala pasukan B hanya mempunyai bajet sebanyak 30 juta. Kemudian, apabila pasukan B melantik jurulatih yang baru, mereka mahu jurulatih baru itu memastikan pasukan B menjadi juara dengan bajet kurang 70 juta daripada pasukan A.

Ini sesuatu yang tidak realistik jadi pihak pengurusan perlu berpada-pada dalam meletakkan sasaran kepada jurulatih-jurulatih yang bakal memimpin masukan masing-masing.”