Bangsa Johor mahu lihat HM buat temubual khas dengan TMJ

3,504

Untuk saingan AFC Champions League (ACL) 2022, Harimau Malaya (HM) telah menghantar wakil untuk membuat liputan di Johor Bahru (JB) yang mana Johor Darul Ta’zim (JDT) telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Kumpulan I.

Kedatangan HM di JB sebenarnya bukan sahaja mahu mengikuti perjalanan JDT dalam saingan ACL, tetapi kami mempunyai misi lebih besar iaitu untuk menemubual pemilik JDT sendiri iaitu Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.


Bagaimanapun impian HM untuk menemubual TMJ masih lagi belum kesampaian, tetapi ia tidak mematahkan semangat kami langsung.

Ketika membuat liputan perlawanan kedua JDT menentang Ulsan Hyundai di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), rata-rata bangsa Johor bersetuju untuk kami usahakan temubual khas bersama TMJ satu hari nanti.

Malah ada dikalangan mereka yang mendoakan agar permintaan HM untuk menemubual TMJ akan diperkenankan.

Sebagai figura paling berpengaruh dalam dunia bola sepak tanah air, HM akan berusaha untuk mendapatkan temubual khas bersama TMJ bagi bertanyakan pelbagai soalan berkaitan dengan liga tempatan dan juga pasukan kebangsaan.

Semoga hajat HM akan menjadi realiti satu hari nanti!