Azmeer Yusof dan Azidan Saruddin tampil perkuat Harini FT

4,858

Kelab Harini FT yang bersaing di Liga M3 telah mengejutkan ramai apabila mereka baru mengumumkan dua pemain baru mereka iaitu Azmeer Yusof dan Azidan Saruddin.

Paling mengejutkan ramai peminat bola sepak sudah semestinya perpindahan Azmeer dari BRM FC ke Harini FT berikutan sebelum ini beliau memberitahu terpaksa tamatkan kontrak bersama kelab BRM atas sebab peribadi.


Sesuatu pasti berlaku dalam pasukan BRM sehingga menyebabkan Azmeer mengambil keputusan untuk keluar dari pasukan itu dan berhijrah ke sebuah lagi kelab Liga M3.

Terdahulu Azmeer merupakan bekas pemain di Liga Super yang mana pasukan terakhirnya beraksi adalah bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sebelum ambil keputusan untuk bersara dari dunia bola sepak.

Seorang lagi pemain baru Harini FT adalah  Azidan Saruddin atau lebih dikenali sebagai Zidan juga merupakan bekas pemain Liga Super (Sri Pahang & Selangor FC).

Zidan pada awal musim bermain untuk Tun Razak City FC yang mana beliau merupakan kapten pasukan tersebut sama seperti Azmeer yang turut merupakan skipper BRM, tetapi tidak tahu apa punca yang menyebabkan Zidan keluar dari kelab lamanya selepas lima perlawanan.

Apa-apa pun kedua-dua pemain ini pasti mempunyai alasan tersendiri untuk mereka berhijrah ke Harini FT.

Ketika ini kelab kendalian G. Muthu berada di puncak Liga M3 dalam kumpulan B selepas lima perlawanan dan mereka tidak pernah kalah lagi dengan menang empat kali dan seri sekali sahaja.

Mereka kini berkelebihan hanya tiga mata di depan PIB FC dan dijangka akan terus mempamerkan aksi yang lebih cemerlang apabila saingan liga disambung selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Harini FT menyasarkan untuk menjuarai saingan Liga M3 kerana impian mereka adalah untuk naik ke Liga Perdana pada tahun hadapan.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen