Keserasian gandingan baru akan jadi penentu karier Goh Liu Ying 

571

Pemain badminton beregu campuran ternama negara, Goh Liu Ying mendedahkan bahawa beliau masih lagi belum mahu bersara dari dunia badminton buat masa ini.

Liu Ying bagaimanapun berkata semuanya bergantung pada tahap keserasiannya dengan gandingan barunya iaitu Soong Joo Ven.


“Saya tak tahu lagi berapa lama saya akan main badminton kerana ia semua bergantung kepada keserasian saya dengan Joo Ven.

Jika kami gagal serasi dan tak dapat bersaing serta tak dapat pamer aksi persembahan yang baik saya akan pertimbang untuk perlahankan karier badminton saya,”

katanya kepada Harimau Malaya.