Menakjubkan jika benar! Target JDT: Kobe Chong, Azam Azih, Jordi Amat

19,413

Pasukan gergasi selalu mendahagakan pemain terbaik dan tidak akan berhenti langkah untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

Jangan terkejut jika juara Liga Super lapan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi memainkan watak utama dalam jendala perpindahan kedua Liga Malaysia 2022, penghujung Mei ini.


Tiga pemain yang dikhabarkan menjadi ‘target’ utama Harimau Selatan untuk pesaingan seterusnya termasuk Kobe Jae Chong, Nor Azam Azih dan Jordi Amat.

Manakala Akhyar Rashid yang menonjol untuk pasukan kebangsaan tetapi kekurangan minit di JDT, kemungkinan besar akan mengikut jejak langkah Syafiq Ahmad, bermain secara pinjaman ke Kedah Darul Aman.

Pemain kacukan Malaysia-Jamaica yang dilahirkan di Birmingham, Kobe, 20, baru sahaja dilepaskan oleh kelab Championship Inggeris, Peterborough United, selepas relegation The Posh ke League One musim depan. Beliau merupakan seorang pemain tengah box-to-box yang penuh bertenaga dan mempunyai karier yang hampir sama dengan seorang lagi bintang muda JDT, Nathaniel Wan Shio Hong, yang lebih dikenali sebagai Hong Wan. Hong Wan, 21, merupakan hasil produk akademi Charlton Athletic, pernah mewakili Yeovil Town dan juga Wolverhampton Wanderers sebelum menyertai JDT.

Kobe yang pernah memberitahu Harimau Malaya mengenai hasrat untuk bermain untuk JDT atau Sri Pahang jika meninggalkan England, apabila dihubungi, berkata: “Saya sedang bercuti sekarang…apa yang akan berlaku, kita akan tahu nanti.”

Azam Azih yang baru-baru ini menjaringkan gol level Puskas untuk Sri Pahang menentang KL City, merupakan seorang deep-lying playmaker yang kreatif dan boleh membuat hantaran-hantaran yang tepat, di samping menpunyai ball control and teknik yang cukup mantap.

Pemain Sepanyol yang pernah bermain untuk Swansea di Liga Perdana Inggeris, Jordi Amat, sudah hampir pasti akan dijadikan WNI (warga negara Indonesia) dan menyarung jersi skuad Garuda, merupakan seorang pemain pertahahan tengah kental dan berpengalaman. Kelab terakhir diwakili oleh Amat ialah K.A.S. Eupen dari Belgium First Division A.

Jika khabar angin ini benar, jangan terperanjat kalau JDT sapu bersih semua gelaran juara di Malaysia termasuk Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia untuk merangkul ‘treble’ di samping melangkah sejauh mungkin di AFC Champions League setelah melangkah ke Round-of-16 buat pertama kali dalam sejarah!