Mourinho: Man Utd? Ada ‘rindu’ lagi, semoga berjaya lah!

553

‘The Special One’ Jose Mourinho, yang membimbing Roma mencapai kemenangan agregat 2-1 ke atas Leicester untuk mara ke final Europa Conference League, menegas masih ‘merindui’ kelab lama Manchester United tetapi Old Trafford sudah menjadi sejarahnya.

Roma yang akan menentang Feyenoord untuk merebut piala Europa Conference League pada 25 Mei, sudah 50 tahun tidak memenangi sebarang pertandingan Eropah, sejak menewaskan Blackpool dalam Piala Anglo-Itali pada tahun 1972. Tetapi Mourinho akan berusaha untuk menamatkan kemarau ini dan sekaligus melengkapkan koleksi trofi Eropah peribadi selepas kemenangan terakhirnya di Liga Juara-Juara dan Liga Europa.


“Kami [Henrikh Mkhitaryan] memenangi bersama tiga kejuaraan [Piala Komuniti, Piala Liga, Liga Europa] di Man United, malangnya ianya menjadi tiga gelaran terakhir buat Man United sejak kebelakangan ini. Saya berkata ‘malangnya’ kerana, ya, saya sangat menyukai kelab itu dan Saya doakan yang terbaik untuk mereka.

“Kami memenangi tiga kejuaraan bersama-sama jadi semuanya berjalan lancar. Pada musim kedua, benda menjadi sedikit berbeza. Perkara yang membuatkan saya sangat gembira adalah kerana pada mulanya orang cuba bersikap negatif dan berkata, ‘Miki dengan Jose tidak mempunyai peluang bermain, Jose adalah jenis lelaki apabila perkara yang tidak diingini terjadi, benda tidak akan menjadi baik lagi’, ia terbukti sebaliknya. Kami sangat matang, jujur antara satu sama lain pada masa itu walaupun dengan arwah Mino (Raiola), RIP Mino, perbincangannya sangat bagus.

“Saya cuba sentiasa bersikap jujur dengan pemain. Saya melihat projek saya di Rome memerlukan pemain seperti Miki, saya juga memahami kepentingan Miki dalam kelompok ini dan dia mengharungi musim yang menakjubkan.

“Dia membantu kami mengatasi semua masalah yang kami hadapi sebagai sebuah skuad kecil. Miki bermain di mana-mana, pemain sayap juga, kemudian kami mengalami kecederaan dan situasi COVID-19 dan dia menjadi pemain tengah istimewa yang tidak pernah dia alami dan menjadi dalam kariernya.

“Saya sangat gembira dengan Miki dan saya gembira dengan orang yang memahami dengan saya tidak semuanya hitam atau putih. Ada kemungkinan pemain datang dengan hubungan yang berbeza daripada masa lalu.”

“Dengan Chris (Smalling) ia adalah tentang mencari keseimbangan pada badannya yang membolehkan dia bermain secara kerap. Dia berpengalaman, ada kepakarannya dan kualitinya sebagai pemain pertahanan. Juga dari segi taktikal dengan sistem yang dimainkan oleh pasukan dan organisasi pertahanan.

“Chris bermain dengan sangat baik musim ini, bermain pada tahap yang membuatkan saya sangat gembira dengannya kerana dia adalah pemain yang hebat. Dia diiktiraf di Itali sebagai ‘Smalldini’, separuh Smalling, separuh (Paolo) Maldini. Dia melakukan benda yang menakjubkan untuk kami.”

“Kami mahu mencuba dan masuk ke Liga Juara-Juara tetapi apabila anda melihat tahap pelaburan di Inter, AC Milan dan Juventus, anda sedar tiga daripada ‘top-4‘ ini harus ditutup. Terdapat tempat keempat, musim lalu ia adalah Atalanta, musim ini Napoli, bolehkah kita ke sana musim depan? Saya rasa kita boleh.

“Dalam bahagian kedua musim ini, selepas pasaran Januari, kami melakukan [perubahan] kecil untuk memperbaiki skuad. Saya tidak bernasib baik seperti beberapa jurulatih yang boleh membeli sesiapa yang mereka mahu. Dengan melakukan sesuatu dengan kriteria, kami boleh perbaiki keadaan. Musim depan selepas tahun kerja ini dan evolusi di setiap peringkat saya rasa kami mempunyai peluang dan itu sasaran seterusnya untuk musim depan.”

Bolehkah Nemanja Matic bergabung dengan Jose buat kali ketiga?

“Saya tidak pernah suka bercakap tentang pemain, saya rasa ia tidak bagus untuk saya, kelab, pemain. Semua orang tahu hubungan saya dengan Nemanja, dia salah seorang pemain yang mendapat kepercayaan saya. Kami menang bersama, kami berjuang bersama di United juga.

“Dia seorang pemain yang hebat tetapi itu adalah jenis jawapan yang tidak baik untuk saya atau untuk pemain itu.”