Format baru Piala Dunia 2026 buka peluang kepada negara di Asia Tenggara

6,398

Sebagaimana pihak pengurusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bersedia untuk Kongres AFC ke-32 yang bermula hari ini yang mana ia mempunyai kuasa untuk mengubah landskap pembangunan dan peluang bola sepak di rantau Asia.

Dipetik dari sebuah portal sukan, dengan perbincangan mengenai topik kontroversi pengenalan Asian Super League sebagai pembaharuan dari AFC Champions League (ACL) sedang berjalan, dan isu mengenai siapa yang akan menganjurkan Piala Asia berikutan penarikan diri China sebagai tuan rumah baru-baru ini, serta keputusan jangka masa panjang terhadap masa depan untuk kelayakan Piala Dunia di benua ini.


Penambahan pasukan untuk Piala Dunia perlukan perubahan kelayakan

Penambahan pasukan untuk Piala Dunia 2026 kepada 48 pasukan akan menyaksikan jumlah pemilihan pasukan dari Asia akan bertambah dari empat kepada lapan slot bersama dengan slot tambahan menerusi play-offs.

Penambahan slot ini sudah pasti menimbulkan persoalan bagaimana format kelayakan akan ditentukan kelak.

Pada bulan hadapan, AFC dijangka akan membuat undian mengenai jadual baru yang menggabungkan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.

Dua cadangan itu menyaksikan penentuan peringkat akhir yang hampir sama seperti Piala Dunia.

Tiga kumpulan terdiri dari enam pasukan setiap kumpulan, dengan dua tempat pertama setiap kumpulan mara secara terus ke Piala Dunia, diikuti dengan tempat ketiga dan keempat setiap kumpulan akan mara ke pusingan play-off secara round robin, berkemungkinan akan berlangsung di neutral hub.

Kedua-dua pemenang di peringkat ini akan mendapat slot dengan tempat kedua mara ke play-offs antara benua.

Mungkin ia akan menjadi sedikit keliru untuk membuat keputusan slot untuk kelayakan Piala Dunia berikutan format ketika ini tampak tidak sesuai.

Sementara perkara mengenai format peringkat tidak boleh dielakkan (andai berita baru-baru dari China tidak akan menganggu), yang mana terdapat perbezaan pandangan mengenai format sedia ada oleh ahli AFC.

Pusingan 1 – peringkat yang dilupakan

Setelah sekian lama AFC telah menetapkan pasukan-pasukan yang berada di ranking bawahan bermain dalam pusingan kalah mati dengan menyingkirkan lebih separuh pasukan terlibat, sebelum pasukan ‘elit’ mulakan kem latihan pertama mereka.

Dalam edisi terbaru enam pasukan telah tersingkir dalam pusingan pertama pada Jun 2019. Sejak dari itu tiada satu pun perlawanan kompetitif pun pasukan-pasukan ini bermain. Berbeza dengan Jepun, Korea Selatan dan Iran yang terlibat dalam 18 perlawanan setiap pasukan.

Mongolia yang sebelum ini tidak pernah melepasi pusingan pertama sejak 12 tahun, bermain 11 perlawanan untuk kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 selepas kemenangan pertama ke atas Brunei.

Cadangan baru AFC telah menimbulkan dilema tentang masa depan bola sepak antarabangsa di Asia.

  1. Kekal dengan format yang sama, tetapi kali ini naikkan jumlah pasukan tersingkir kepada 11
  2. Gabungkan negara membangun kepada peringkat kumpulan dari mula yang mana ia dimainkan secara round robin

Sama ada pasukan tersingkir awal atau libatkan mereka dari mula dan memberi pengalaman perlawanan secukupnya untuk mempertingkatkan kualiti permainan sekaligus memberi mereka peluang untuk beraksi dalam kelayakan Piala Asia sekiranya mereka gagal meneruskan di Piala Dunia.

Apabila pembangunan benua tidak menjadi keutamaan

Ketika ini kebanyakan pasukan lebih banyak memberi fokus pada kejayaan serantau berbanding pengalaman benua.

Tidak dapat dinafikan penerimaan daripada banyak pasukan termasuk mereka yang terkesan dengan impak perubahan bagi mengurangkan jurang ‘David vs. Goliath’ pada masa akan datang.

Fokus untuk meningkatkan perlawanan pendedahan dan memperbaiki kualiti menentang pasukan lain di Asia menjadi semakin berkurangan jika anda menilai kejayaan berdasarkan negara serantau.

Keinginan untuk berdepan pasukan elit secara konsisten akan menjadi masalah sekiranya pembangunan tidak menjadi keutamaan.

Peluang dan harapan

Dengan jadual sedia ada ketika ini, perlawanan dan peluang sudah terbuka dalam dua peringkat dalam kelayakan Asia; Pusingan 2 di mana seluruh benua bertemu antara satu sama lain dan Pusingan 3 di mana anda akan bertembung dengan pasukan yang setaraf.

Kuncinya adalah Pusingan 1, yang mana ia perlu diselaraskan jika mahu kesemua negara mendapat manfaat daripada dua peluang ini.

Dalam kedua-dua cadangan akan datang, AFC juga sedang mempertimbangkan untuk menambah jalan ketiga; dengan mewujudkan semula AFC Solidarity Cup yang tidak dilangsungkan akibat pandemik COVID-19.

Untuk meningkatkan ‘kompetitif edge’ kepada pasukan yang berada di bawah pyramid bola sepak antarabangsa, kejohanan perlu dianjurkan di semua negara yang sedang membangun.

Oleh itu, bagi mereka yang berkuasa, perlulah memikirkan cara untuk membangunkan perlawanan di Asia sebagaimana Presiden AFC, Shaikh Salman yang mahu mengurangkan jurang dalam bola sepak Asia dan meningkatkan tahap pertandingan seluruh benua.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen