Pemain hebat pun ‘miss’ penalti – Hadi Fayyadh

892

Penyerang skuad B-23 negara, Hadi Fayyadh berpendapat bahawa tuah tidak menyebelahi pasukannya ketika tewas di tangan Indonesia pada perlawanan penentuan pingat gangsa di kejohanan Sukan SEA Ahad lalu.

Katanya, beliau dan rakan-rakan sudah berusaha bersungguh-sungguh pada perlawanan itu dan yakin mereka akan bangkit pada masa depan.


“Bagi saya penalti adalah 50-50, pemain hebat pun ada yang tidak berjaya menjaringkan penalti.

Saya, Luqman dan rakan-rakan dah cuba sebaik mungkin tapi tuah tidak menyebelahi kita,”

katanya.

Bagaimanapun, Hadi berkata, beliau tidak akan berputus asa dan tetap bersedia untuk mengambil penalti selepas ini.

Hadi juga mengakui masih banyak yang perlu beliau perbaiki untuk menjaringkan lebih banyak gol pada kejohanan seterusnya.

“Selepas ini kalau ada penalti lagi saya mahu jadi orang pertama yang mengambil sepakan kerana saya seorang penyerang, sudah tentu saya dahagakan gol.

Secara keseluruhan, tiga gol dalam enam perlawanan adalah satu pencapaian baik buat saya tetapi saya mahukan lebih lagi selepas ini.”

Hadi turut yakin dengan peluang skuad negara pada kejohanan Piala Asia B-23 di Uzbekistan Jun depan.

Menurutnya, tiada yang mustahil dalam bola sepak dan beliau optimis mampu memperoleh keputusan positif pada kejohanan tersebut.