Letak tepi kegagalan, kekal fokus untuk menuju ke hadapan – Syafiq Ismail

877

Pemain sayap muda negara, Syafik Ismail menganggap kegagalan pasukan Malaysia di temasya Sukan SEA Hanoi yang lepas perlu segera dilupakan dan akan terus memandang ke hadapan untuk memberi sepenuh fokus kepada Piala Asia B-23 di Uzbekistan.

“Motivasi buat masa sekarang, yang gagal tu kita biarkan dulu, kita kena fokus untuk pertandingan seterusnya untuk buktikan balik yang kita mampu menyaingi pasukan lain,”

katanya Syafik kepada Harimau Malaya.

Beliau turut melahirkan rasa kesyukuran atas persembahan baik yang ditunjukkan beliau setiap kali diturunkan oleh pengendali pasukan, Brad Maloney sebelum ini.


“Saya bersyukur dengan prestasi semasa saya di Sukan SEA baru-baru ini dan saya akan buat yang sehabis baik lagi.”

Rata-rata peminat beranggapan bahawa Syafik sudah bersedia untuk dipilih sebagai pemain kesebelasan utama pasukan berbanding hanya meletakkan beliau di bangku simpanan.

Beliau meletakkan perkara tersebut sepenuhnya kepada jurulatih pasukan untuk menetukan hala tuju dan pendekatan yang ingin digunakan terutama sekali pada pusingan akhir Piala Asia B-23 kelak.

Pemain lincah ini juga berjanji akan persembahan sehabis baik bagi membawa harapan dan impian para peminat bola sepak tanah air.

Syafik kini bermain bersama pasukan Terengganu FC dan telah melakukan beberapa kemunculan bersama pasukannya sebelum ini di Liga Super sebelum bersama dengan pasukan muda negara.

Kelincahan beliau amatlah ditagih oleh skuad kendalian Maloney ketika mereka dijadualkan akan bertemu Korea Selatan pada perlawanaan pertama peringkat kumpulan di pusingan akhir Piala Asia B-23 nanti.