Sebab Guilherme de Paula dah lama tak ‘score’ jadi saya bagi peluang padanya – Safawi Rasid

3,029

Pemain sayap negara, Safawi Rasid tidak bersikap tamak apabila memberikan sepakan penalti untuk disempurkan oleh rakan sepasukan Guilherme de Paula walaupun pada mulanya beliau dilihat memegang bola terlebih dahulu untuk mengambil sepakan itu.

Menurut Safawi, beliau memberi peluang kepada De Paula untuk menjaringkan gol sebagai pembakar semangat buat pemain itu.


“Bagi saya sesiapa sahaja yang jaringkan gol saya tak kisah janji pasukan menang, tapi saya bagi De Paula ambil penalti tu sebab beliau dah lama tak jaringkan jadi saya bagi kepadanya untuk menaikkan moralnya,

katanya.

Malaysia mendapat sepakan penalti selepas Akhyar Rashid dijatuhkan dalam kotak penalti dan penyerang naturalisasi negara itu tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan itu ke jaring.

Walaupun gembira dapat menewaskan Brunei dengan jaringan 4-0, namun Safawi merasakan mereka masih perlu perbaiki lagi kelemahan yang ada termasuk memantapkan lagi keserasian antara rakan sepasukan.

“Saya rasa keserasian antara pemain okay tapi masih ada yang perlu diperbaiki lagi dari segi hantaran dan pergerakan.”

Tambahnya lagi, beliau dan rakan sepasukan mempunyai tempoh lebih kurang seminggu lagi untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada supaya dapat membentuk skuad yang ampuh sebelum menghadapi saingan Kelayakan Piala Asia 2023 yang akan berlangsung bermula 8 Jun ini.

Dalam pada itu, biarpun tidak dapat menjaringkan gol pada perlawanan malam tadi, pemain berusia 25 tahun ini tetap optimis mampu menjaringkan gol sekiranya beliau terpilih untuk senarai 23 pemain nanti.

Selepas Brunei, skuad kendalian Kim Pan-gon akan bertemu dengan Hong Kong pula dalam perlawanan kedua dan terakhir Antarabangsa Tier 1 pada 1 Jun ini.