PJ City patut rasa bangga

269

Petaling Jaya City FC boleh mendabik dada dengan keputusan yang diraih oleh anak didik P. Maniam yang mendapat tempat ketujuh di carta Liga Super musim ini dengan menggunakan pemain tempatan keseluruhannya. Malahan patut rasa berbangga kerana tahun ini adalah pencapaian terbaik mereka sepanjang bertanding dalam Liga Super. Jurulatihnya juga memberitahu pada awalnya amat sukar untuk menyakinkan staf kejurulatihan serta para pemain dalam membentuk satu pasukan yang ampuh tanpa kehadiran pemain import seperti pasukan lain yang beraksi di dalam liga.

Skuadnya juga turut memberi komitmen 100 peratus dalam setiap perlawanan lalu menyangkal tanggapan orang ramai bahawa PJ City hanya pasukan belasahan atau sekadar pasukan yang melengkapkan kuota. Tetapi apabila PJ City beraksi para pemain memberi tumpuan sepenuhnya dan percaya terhadap kemampuan satu sama lain dalam memenangi sesebuah perlawanan. Di samping mendengar arahan jurulatih mereka P. Maniam yang gemar menggunakan taktikal tiga pertahanan.


Setelah mengharungi musim yang hebat pada tahun 2021 ini, semestinya jurulatihnya ingin menambah baik kualiti pasukan yang sedia ada. Beliau turut maklum bahawa PJ City sedang giat berunding dengan beberapa pemain untuk ditandatangani bagi bersama-sama meningkatkan kualiti permainan pasukan PJ city ini. Selain memberi peluang kepada pemain muda untuk menonjolkan bakat mereka yang turut dibantu pemain yang berpengalaman seperti Khyril Muhymeen, Mahali Jasuli dan K. Gurusamy.

P. Maniam juga dengan bersemangat bahawa pasukannya mampu meraih kedudukan yang lebih baik pada musim hadapan mengikut prestasi anak buahnya yang kian hari memberi impak yang posotif. Mensasarkan “Top 3” dalam persaingan Liga Super adalah bonus bagi pasukannya yang menaruh harapan sepenuhnya terhadap anak tempatan. Sasaran tersebut nampak agak sukar tetapi di dalam kancah bola sepak ini tiada sesiapa pun mampu menduganya. Bola itu bulat apa sahaja mampu terjadi.

Berbekalkan usaha dan kerja keras anak buahnya, P. Maniam juga berhajat jika pasukannya mampu melakukan kejutan mereka ingin beraksi di pentas yang lebih tinggi iaitu di pentas Asia dengan mendapatkan kelayakan beraksi di Piala AFC. Disana adalah pentas yang diidamkan oleh semua pasukan dalam Malaysia untuk beraksi kerana mampu menarik pihak luar untuk melihat kancah bola sepak negara yang rancak. Ayuh kita lihat pada musim hadapan adakah P. Maniam serta pasukannya mampu mencapai hajat yang diidamkan mereka itu.

Sumber Foto : PJ CITY Official