Barisan serangan Malaysia mampu menjadi ancaman terbesar – penjaga gol Turkmenistan

3,358

Penjaga gol pasukan Turkmenistan, Mammet Orazmuhammedow mengakui barisan hadapan Malaysia akan menjadi ancaman terbesar yang akan dihadapi mereka pada perlawanan esok.

“Saya tidak mengatakan bahawa kami mempunyai fizikal yang lebih kuat daripada Malaysia tetapi barisan hadapan Malaysia akan menjadi ancaman yang kuat,”

katanya.

Motivasi terbesar Turkmenistan adalah untuk layak ke pusingan seterusnya meskipun setiap pasukan terpaksa menghadapi tiga perlawanan dalam seminggu.


Walaupun berada di ranking yang lebih tinggi, Turkmenistan akan tetap berhati-hati dengan ancaman dari pasukan lain seperti tuan rumah Malaysia dan Bangladesh.

Dalam masa yang sama, ketua jurulatih pasukan, Yazguly Hojageldiyev yakin dengan kebolehan anak buahnya untuk memberikan saingan kepada pasukan Malaysia.  

“Sebenarnya lebih baik sekiranya perlawanan diadakan sebanyak enam kali (home and away), kerana kita mempunyai latihan yang terhad disebabkan pandemik.”

kata Hojageldiyev.

Sementara itu, setelah hampir seminggu berada di Malaysia, Hojageldiyev dan anak buahnya masih cuba menyesuaikan diri untuk bersedia dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Kehadiran penyokong Malaysia yang akan membanjiri stadium pada perlawanan esok juga bakal menjadi cabaran kepada Turkmenistan.

Turkmenistan akan bertemu Bahrain pada perlawanan seterusnya (11 Jun) dan mengakhiri saingan Kumpulan E menentang Bangladesh pada 14 Jun.