Kami perlu menjaringkan gol untuk menang – Ketua pasukan Bangladesh
Selepas tumpas di tangan Bahrain 2-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023, kapten Bangladesh, Jamal Bhuyan harap mereka akan dapat perbaiki segala kekurangan untuk perlawanan seterusnya.
“Kami perlu menjaringkan gol untuk menang, jadi kami perlu memperbaiki perkara tersebut termasuk set-piece kami,”
kata Bhuyan kepada Harimau Malaya.
Bhuyan yang dilahirkan di Copenhagen, Denmark, bagaimanapun berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh rakan sepasukannya meskipun tewas.
“Bagaimanapun ia merupakan sebuah perlawanan yang sangat baik.”
Bangladesh terpaksa akur apabila Bahrain berjaya mendapatkan dua gol menerusi Ali Haram dan Kamil Al Aswad pada babak pertama.
Di atas kertas, memang jelas kelihatan Bahrain memiliki kelebihan berdasarkan ranking mereka yang jauh lebih tinggi daripada Bangladesh.
“Bahrain merupakan pasukan yang kuat dan kami sedikit terleka dengan melepaskan dua gol mudah.”
Namun, taktikal low defending yang digunakan oleh pasukan kendalian Javier Cabrera tampak berhasil pada babak kedua.
Pasukan Bahrain kelihatan bergelut untuk menembusi barisan pertahanan Bangladesh sehingga tamat perlawanan.
Percubaan demi percubaan yang dilakukan oleh pasukan kendalian Helio Sousa namun menemui jalan buntu.
Pasukan Bangladesh memang sudah terkenal sebagai sebuah pasukan yang mempunyai disiplin bertahan yang sangat tinggi.
Sebelum ini, pasukan tersebut telah beraksi cemerlang apabila berjaya mengikat pasukan Indonesia tanpa jaringan pada perlawanan persahabatan terakhir mereka sebagai persiapan menjelang perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2023 ini.
Malaysia perlu menyiapkan barisan serangan yang lebih dinamik dalam mencari peluang untuk menjaringkan gol pada perlawanan terakhir menentang Bangladesh.
Selepas ini, Turkmenistan akan menjadi lawan kedua pasukan Bangladesh pada 11 Jun.