Peminat Harimau Malaya desak Tan Cheng Hoe dipecat

140

Tan Cheng Hoe perlu letak jawatan! Itu adalah antara komen-komen peminat Harimau Malaysia yang ternyata kecewa dengan persembahan longlai skuad Malaysia apabila diaibkan 1-4 oleh Indonesia pada perlawanan terakhir kumpulan B semalam.

Walaupun bermula garang apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-13 menerusi rembatan padu Kogileswaran Raj, namun selepas jaringan tersebut pemain Malaysia seperti hilang arah dan skuad kendalian Shin Tae-yong mudah mengambil kesempatan untuk menjaringkan empat gol.


Rata-rata peminat nyata sangat kecewa dengan persembahan pasukan negara selepas jaringan pertama berikutan Malaysia mula seperti memperlahankan permainan selain sering membuat banyak kesilapan yang mengundang padah.

Sumber foto: FAM Facebook

Salah seorang pengguna akaun Facebook, Cold Man dengan lantang mendesak Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Hamidin Mohd Amin meletak jawatan.

Pada masa sama dia turut memberikan menyuarakan pandangannya bahawa bola sepak negara tidak akan maju sekiranya ada campur tangan dalam pemilihan pemain.

Sumber foto: FAM Facebook

Vincent T Ryushou pula mendesak pihak bertanggungjawab meletak jawatan dan rombakan di FAM secepat mungkin.

Manakala Firdaus Je juga mendesak Cheng Hoe meletak jawatan berikutan banyak kelemahan seperti tindakan membawa sedikit pemain, pemain kurang minit permainan dan beberapa lagi.

Sumber foto: FAM Facebook

Ternyata kekalahan di tangan musuh tradisi Indonesia sememangnya sesuatu yang amat pedih dan perit untuk diterima oleh peminat bola sepak tanah air. Sama seperti peminat Indonesia, peminat Harimau Malaya turut berpendapat sama iaitu biar kalah dengan pasukan lain, janji tak kalah dengan Indonesia.

Sumber foto: FAM Facebook

Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada kekalahan ini dan FAM perlu lakukan sesuatu dengan segera untuk kembali ke prestasi terbaik.