Kami sepatutnya mampu bawa pulang satu mata tapi ia tak berlaku – Mohammad Ibrahim

1,101

Pemain Bangladesh iaitu Mohammad Ibrahim memberitahu pasukannya sepatutnya mampu bawa pulang satu mata ketika menentang Turkmenistan petang tadi, tetapi gagal berbuat demikian.

Menurut Ibrahim yang merupakan penjaring tunggal buat pasukan Bangladesh, beliau berkata mereka mempunyai banyak peluang tetapi gagal menyempurnakannya.


“Kami sepatutnya mampu bawa pulang satu mata tapi ia tak berlaku. Kami tumpas kerana serangan balas pantas pihak lawan.

Banyak peluang yang terhidang tetapi kami tidak berjaya gunakan dengan baik, apa-apa pun saya dedikasikan gol tunggal ini kepada penyokong Bangladesh yang hadir,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau berkata kelemahan mereka pada dua perlawanan adalah ketika bertahan dari set piece pihak lawan yang mana mereka telah melepaskan tiga dari empat gol yang mereka bolos ketika ini.

Walaupun sudah tersingkir dari saingan Kelayakan Piala Asia 2023 selepas dua kekalahan, namun Ibrahim enggan berputus asa lagi, sebaliknya beliau dan rakan sepasukan akan cuba untuk mendapat keputusan positif apabila menentang Malaysia 14 Jun ini.

“Kami akan terus memberikan aksi persembahan yang baik dan akan cuba sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata apabila menentang Malaysia nanti.”