Kita kalah sebab silap sendiri – Junior Eldstal

1,788

Pemain pertahanan kebangsaan, Junior Eldstal mengakui kekalahan Malaysia 2-1 malam tadi di tangan Bahrain adalah dari kesilapan sendiri.

“Kita kalah sebab silap sendiri. Kita ada peluang untuk menang tapi tidak dapat sempurnakan. Kita bolos dua gol dari kesilapan kita sendiri,”

katanya.

Junior bagaimanapun berkata peluang skuad Harimau Malaya masih lagi terbuka apabila mereka akan menentang Bangladesh pada perlawanan ketiga dan juga terakhir dalam Kelayakan Piala Asia 2023.


Tambahnya lagi, beliau enggan terlalu memikirkan tentang kekalahan malam tadi sebaliknya mahu fokus untuk perlawanan seterusnya.

Pada masa sama pemain kacukan Malaysia-Sweden ini juga sempat mengucapkan terima kasih kepada lebih 60,000 penonton yang hadir pada malam tadi untuk menyaksikan perlawanan walaupun dalam keadaan hujan lebat.

Dalam pada itu, pemain berusia 30 tahun itu mengakui keadaan padang yang lecak teruk sedikit sebanyak menjejaskan corak permainan mereka.

“Memang kita tidak boleh bermain seperti yang kita mahu namun Bahrain juga sama juga. Tapi macam manapun memang susah main padang seperti itu.”

Sementara itu, Junior mengakui pasukan Bangladesh bukanlah pasukan yang mudah untuk ditewaskan tetapi beliau yakin mereka mampu meraih keputusan positif pada Selasa ini.