Ayuh bangkit Harimau Malaya
Setelah mendapat kecaman dan cemuhan dari seluruh pelosok negara tentang prestasi skuad Harimau Malaya yang sangat teruk, para pemain serta barisan kejurulatihan wajib bangkit untuk membuat persediaan rapi bagi megikuti jadual kejohanan yang akan diadakan pada tahun hadapan. Untuk mempunyai sebuah skuad yang mantap dalam semua posisi persiapan harus dibuat dari awal bukan seperti Kejohanan AFF yang lepas hanya beberapa minggu sebelum bermula kejohanan baru hendak melakukan persiapan. Ini ibarat melakukan kerja “last-minute”. Malahan, pengajaran yang skuad Harimau Malaya dapat dalam kejohanan AFF Suzuki ini boleh dijadikan sebagai “Wakeup Call” supaya mereka tidak terlalu selesa dengan keadaan sekarang.
Antara Kejohanan atau sukan yang akan melibatkan Skuad Harimau Malaya adalah Kelayakan Piala Asia 2023. Pada bulan Februari undian kelayakan Piala Asia akan diadakan menurut Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Perlawanan akan menggunakan format “single round robin’ dan perlawanan akan diadakan secara berpusat. Berikutan mengambil langkah berjaga-jaga penularan wabak Pandemik COVID-19 ini. Pasukan Harimau Malaya juga harus bijak mengawal pemain bagi mengelakkan wabak COVID-19 menular dalam kem negara seperti terjadi semasa Piala AFF Suzuki berlangsung.
Pihak AFC telah menetapkan tiga tarikh iaitu 8,11 dan 14 Jun 2022 untuk perlawanan Kelayakan Piala Asia. Venue perlawanan juga bakal diberitahu kelak kerana ia masih belum dimuktamadkan lagi oleh pihak AFC. Pihak FAM tertarik untuk membida selaku tuan rumah serta berpeluang menyajikan perlawanan Harimau Malaya di hadapan penyokong sendiri setelah dua tahun tidak dapat mendengar sorakan ekor Harimau Malaya.
Malaysia berada dalam balang undian ketiga bersama Hong Kong, Yaman, Afghanistan, Maldives dan Singapura. Susunan setiap pasukan dalam balang adalah berdasarkan prestasi ranking semasa dimana negara kita menduduki ranking ke 154 dunia. Jadi Skuad Harimau Melaya harus memandang serius jika ingin melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2023. Jika ingin melakukan rombakan sekarang merupakan masa yang sesuai.
Pandangan dari seorang pencinta bola sepak negara skuad negara wajar diberi nafas baru dengan meletakkan muka baru dari pengurusan, kejurulatihan sehinggalah para pemain sendiri. Apabila kita sudah “reset” Harimau Malaya dari sekarang, tiada yang mustahil untuk Harimau Melaya melayakkan diri ke Piala Asia 2023 setelah kali terakhir Malaysia layak pada tahun 2007 selaku tuan rumah.