Dibelenggu kecederaan ACL, adakah kontrak Amar Makruf bersama kelab AD Alcorcon tidak akan disambung?
Kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dialami oleh pemain muda negara, Amar Makruf telah menyebabkannya terpaksa berehat untuk tempoh yang lama dan keadaan ini amat membimbangkan penyokong bola sepak tempatan.
Menurut Amar di laman Instagram yang dimuat naik baru-baru ini, keputusan MRI menunjukan torn ACL dan tulang rawannya lopong 6mm.
Namun timbul persoalan disini, adakah khidmatnya bersama kelab AD Alcorcon tidak akan disambung memandangkan tempoh kontraknya hampir tamat?
Kecederaan yang dialami ini memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan untuk pulih dan ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi percaturan pasukan itu.
Agar sukar untuk sesebuah kelab menawarkan kontrak lanjutan kepada pemain yang mengalami kecederaan seserius ini.
Jika benar kontraknya tidak disambung, adakah Amar akan melanjutkan kariernya di Malaysia dengan menyertai mana-mana kelab Liga Malaysia?
Untuk menamatkan terus kerjaya sebagai pemain bola sepak adalah mustahil bagi dirinya kerana anak muda berusia 20 tahun ini mempunyai masa depan yang cerah untuk menjadi pemain bola sepak yang berjaya di pentas antarabangsa kerana itu adalah impiannya sejak dari kecil lagi.
Bagi pemain muda seperti Amar, beliau tidak boleh mudah putus asa sebaliknya perlu kuatkan semangat untuk terus capai impiannya.
Kecederaan ACL yang dialami bukan akan menamatkan kariernya kerana beliau masih muda dan pasti mempunyai banyak masa untuk membuktikan yang terbaik.
Untuk rekod, Amar yang berasal dari Terengganu ditawarkan kontrak selama semusim bersama dengan skuad B-23 kelab AD Alcorcon di Sepanyol.
Bakat beliau mula dikesan selepas menjalani latihan di akademi The Next Generation Sports (TNGS) yang berpangkalan di Valencia, Sepanyol.