KL City FC berpeluang cerah menewaskan PSM Makassar dalam Piala AFC 2022 – Raja Isa

356

Kuala Lumpur City FC akan memulakan kempen Piala AFC pada 24 Jun ini menentang jaguh Indonesia, PSM Makassar.

Bekas ketua jurulatih PSM Makassar, Raja Isa Akram Shah beryakinan bahawa KL mempunyai peluang yang cerah untuk mengutip tiga mata penuh pada perlawanan pembukaan nanti.


“Di atas kertas PSM Makassar tidak mempunyai kelebihan berbanding dengan KL kerana mereka dilihat tidak bersedia untuk menghadapi Piala AFC kali ini.

Pada masa sama PSM Makassar sekarang adalah sebuah pasukan baru selepas membuat rombakan besar-besaran dengan lebih 80 peratus pemain baru. Jadi KL mempunyai peluang yang sangat cerah untuk menang,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Anak jati Malaysia, Raja Isa kini mengendalikan kelab bola sepak Muktijodda Sangsad KS di Bangladesh.

Beliau menyatakan PSM Makassar terpaksa melakukan rombakan kerana pasukan ini mempunyai masalah kewangan dan tunggakan gaji.

“Seperti kelab-kelab bola sepak yang lain, mereka juga mempunyai masalah gaji dan pengurusan. Ramai pemain-pemain yang pernah dilatih oleh Bojan Hodak sendiri sudah tiada dalam pasukan,”

tambahnya lagi.

Untuk info, ketua jurulatih KL, Bojan pernah melatih pasukan PSM Makassar selama satu musim.

Turun selaku pasukan yang pernah layak sebanyak dua kali ke separuh akhir Piala AFC sebelum ini, PSM Makassar di bawah kendalian Bernardo Tavares, pasti ingin sekurang-kurangnya mengulangi percapaian cemerlang ini.