e-Sukan mampu beri jaminan masa depan kepada pemain bola sepak selepas bersara
Sukan era teknologi kini tidak hanya tertumpu kepada sukan fizikal semata-mata sebaliknya ianya boleh dilakukan dengan menggunakan telefon atau komputer.
Terbaru, bekas pemain Real Madrid dan Arsenal, Mesut Ozil mula berjinak-jinak dalam sukan elektronik secara serius dan mungkin akan menukar bidang untuk menjadi gamer profesional.
Tindakan yang diambil oleh Ozil ini dilihat sesuatu yang positif kepada masa depan keriernya kerana tidak ramai pemain bola sepak profesional bertukar ke e-Sukan.
Kebanyakan bekas-bekas pemain bola sepak biasanya akan menceburi bidang kejurulatihan apabila bersara.
Rasanya sudah tiba masanya pemain-pemain bola sepak tidak hanya tertumpu kepada satu bidang sahaja apabila sudah tidak dapat beraksi di padang.
Jika memilih e-Sukan sebagai pilihan selepas bersara, mereka boleh membentuk pasukan sendiri dan menjadi pengurus kepada pasukanya.
Menggunakan pengalaman dan kemahiran yang ada ketika bermain bola ianya boleh diguna pakai dalam pemainan e-Sukan seperti FIFA malah e-Sukan juga mampu untuk menjana pendapatan yang lumayan.
Memilih e-Sukan adalah satu tindakan bijak kerana di Malaysia, pemain e-Sukan telah menyertai pelbagai pertandingan pada peringkat antarabangsa.
Disamping itu, e-sukan juga sudah mula dipertandingkan pada sukan-sukan seperti Sukan SEA dan Sukan Asia.
Rasanya pemain-pemain bola sepak negara sudah boleh mula berjinak-jinak secara tidak langsung dalam e-sukan ini dengan bermula sebagai hobi dahulu.
Antara permainan e-Sukan yang kerap kali dipertandingkan pada peringkat antarabangsa ialah Defense of the Ancients (DOTA), Dream Three Kingdoms, FIFA EA Sports, Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG), League of Legends dan Street Fighter V.
Tidak rugi rasaya untuk terlibat dalam e-Sukan ini kerana ianya boleh dijadikan perancangan masa depan bila sudah bersara dari bola sepak kelak.