Jika pamer aksi cemerlang di Piala Asia 2023, tidak mustahil ada pemain negara akan beraksi di kelab EPL

231

Setelah layak ke Piala Asia 2023, pemain Harimau Malaya mula mendapat tumpuan dari kelab-kelab antarabangsa.

Jika dahulu pemain Asia dari negara seperti China, Jepun, Korea Selatan, Thailand dan Vietnam yang seringkali menjadi buruan serta tumpuan kelab luar, kini pemain dari Malaysia juga sudah mula mendapat perhatian.


Terbaru terdapat desas-desus yang mengatakan kelab gergasi dari Thai League 1, BG Pathum United mula mengintai pemain negara.

Malah ada beberapa kelab dari Jepun juga menunjukkan minat untuk memancing pemain skuad negara.

Nama-nama seperti Arif Aiman, Azam Azih, Faizal Halim dan Syafiq Ahmad sudah menjadi sebutan kelab-kelab luar.

Situasi yang berlaku ketika ini membuktikan bahawa pemain-pemain negara kita mempunyai kualiti permainan yang setanding dengan pemain antarabangsa.

Namun begitu, pemain negara seharusnya membuktikan mereka sememangnya layak untuk beraksi bersama kelab-kelab besar apabila bermain di Piala Asia 2023 kelak.

Piala Asia adalah pentas yang sebenar buat pemain  mempamerkan aksi cemerlang mereka malah membuktikan diri mereka turut bernilai dipersada antarabangsa.

Bermain di Piala Asia juga akan membuka peluang besar buat pemain negara menunjukan aksi terbaik agar bola sepak Malaysia mendapat perhatian dunia.

Pemain negara perlu mengunakan pentas Piala Asia sebagai titik tolak kepada kebangkitan bola sepak Malaysia.

Perhatian dunia pasti bukan hanya kepada pasukan yang hebat malah pemain-pemain juga menjadi tumpuan.

Apabila beraksi di Piala Asia kelak pasti ramai scouting dari pelbagai negara yang akan turut berada sepanjang kejohanan itu berlangsung untuk melihat dan menilai sendiri kualiti pemain yang berpotensi.

Sekiranya Malaysia berjaya melakar kejutan dengan melepasi peringkat kumpulan, sudah pasti lebih ramai yang akan mengalih perhatian kepada skuad negara.

Setelah lebih dua tahun tanpa perlawanan besar melibatkan pasukan bola sepak negara, Piala Asia pasti berupaya memberi peluang kepada pemain untuk mempamerkan kualiti yang mereka ada kepada dunia.

Jadi pemain yang terpilih nanti perlu memastikan mereka komited dan beri 200% aksi mantap.

Tidak mustahil kelab-kelab gergasi di EPL, La Liga, Bundesliga, Serie A dan Ligue 1 akan tertarik dengan pemain-pemain negara jika mempamerkan aksi menakjubkan.

Sekiranya ada pemain yang berjaya diikat kelab di Eropah ia secara tidak langsung akan mengangkat nama Malaysia di persada antarabangsa.

Oleh itu, pemain tidak boleh leka atau masih dibuai dengan kejayaan layak ke Piala Asia secara merit, sebalik terus fokus untuk meningkatkan prestasi supaya dapat cipta sejarah baru.