Ini peluang terbaik saya di pentas berprestij seperti Piala AFC 2022 – Azri Ghani

331

Penjaga gol Kuala Lumpur (KL) City FC, Azri Ghani gembira dengan peluang yang diberikan kepada beliau untuk beraksi di perlawanan pertama Piala AFC 2022 menentang PSM Makassar malam tadi.

“Kali pertama beraksi untuk Kuala Lumpur dan diberi peluang untuk beraksi di pentas seperti ini, ini merupakan rezeki untuk saya,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Azri berjaya mempamerkan aksi cemerlang untuk menyelamatkan beberapa ancaman berbahaya yang dilakukan oleh barisan serangan pasukan PSM Makassar.


Meskipun gagal mengutip tiga mata, Azri tetap berbangga dengan persembahan yang ditunjukkan oleh pasukannya.

“Dari first half lagi kita cuba menyerang tapi rezeki tidak berpihak kepada kita.

Kita cuba dan cuba tapi kita tidak boleh melawan takdir, kita akan cuba pada perlawanan seterusnya.”

Penjaga gol skuad B-23 negara itu berharap agar KL City akan membuat kebangkitan pada pertemuan terakhir peringkat kumpulan menentang Tampines Rovers FC pada 30 Jun ini.

“Enam hari itu tempoh yang lama untuk recovery, saya rasa sempat untuk kita betul-betul tingkatkan kualiti persembahan dan layak ke pusingan seterusnya.”

Pengalaman beraksi bersama pasukan B-23 negara berjaya dimanfaatkan oleh Azri untuk mendapatkan keyakinan beraksi di peringkat tertinggi.