Tiada pasukan yang layak menang, keputusan seri adalah adil – Kapten PSM Makassar

304

Ketua pasukan PSM Makassar, Wiljan Pluim merasakan tiada pasukan yang layak untuk menang pada perlawanan pembukaan Kumpulan H Piala AFC 2022 menentang KL City FC malam tadi.

Menurut Wiljan, kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan tersendiri dan keputusan seri 0-0 adalah adil.


“Perlawanan tadi saya rasa tiada pasukan yang layak menang dan tiada pasukan yang layak kalah.

Kami bermain dengan lebih baik daripada mereka dalam beberapa perkara dan begitu juga dengan mereka,”

katanya.

Tambahnya, mereka kini akan menumpukan perhatian untuk pulih daripada perlawanan malam tadi terlebih dahulu sebelum berfikir mengenai lawan seterusnya iaitu Tampines Rovers FC.

Sementara itu, beliau turut yakin PSM Makassar masih mempunyai peluang untuk mara ke peringkat seterusnya walaupun keciciran mata pada perlawanan pertama.

“Kalau saya tak yakin kami ada peluang untuk mara saya akan pulang ke Indonesia terus malam ini, saya amat rindukan keluarga saya.”

Dalam pada itu beliau berkata perlawanan ini adalah baik buat pemain muda untuk mempamerkan tahap permainan mereka menentang pasukan luar negara.

Jelasnya terdapat ramai pemain dalam pasukan itu yang tidak pernah bermain di luar negara jadi ia adalah satu pendedahan yang baik.