Sanusi bukan sekadar Presiden persatuan bola sepak ‘kosong’
Jarang sekali kita lihat seorang yang mempunyai jawatan Menteri Besar turun padang untuk bermain bola sepak dengan rakyat.
Namun berbeza dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mana perkara itu sudah menjadi kebiasaan buat beliau.
Beliau seringkali dilihat meluangkan masa untuk bermain bola sepak bersama orang awam sama ada dalam majlis rasmi ataupun bermain secara kasual.
Ia bukan sahaja baik untuk imej dan juga reputasinya di mata rakyat tetapi turut menunjukkan minat dan semangatnya terhadap bola sepak.
Umum juga mengetahui bahawa beliau merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), jadi ini juga adalah satu usaha yang baik untuk mendekatkan diri dengan penyokong Kedah Darul Aman FC.
Ini juga menunjukkan bahawa KFA mempunyai presiden yang betul-betul mempunyai minat mendalam terhadap bola sepak dan bukan sekadar menjadikan persatuan itu sebagai alat politik.
Tidak ramai presiden atau orang yang mempunyai jawatan tinggi dalam badan induk atau kelab bola sepak sepertinya yang sanggup turun padang bermain dengan penyokong.
Sudah tentu penyokong akan rasa dihargai dan dapat ia dapat mendekatkan lagi para penyokong dengan kelab.
Tambahan pula beliau juga sering menjemput nama-nama besar dalam bola sepak seperti bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe baru-baru ini.
Ini juga merupakan satu peluang yang bagus buat penyokong untuk berjumpa dengan individu-individu penting yang terlibat dalam pengurusan kelab.
Cara beliau mendekatkan diri dengan rakyat dan juga para penyokong wajar dipuji dan mungkin boleh menjadi contoh kepada orang lain.