Singapura tolonglah berikan saya kerakyatan, saya mahu bermain untuk skuad kebangsaan – Kyoga Nakamura

95

Pemain tengah Tampines Rovers dari Jepun, Kyoga Nakamura merayu kepada kerajaan Singapura supaya mempertimbangkan permohonan kerakyatannya bagi membolehkan dirinya untuk dinaturalisasi sebagai pemain kebangsaan.

Beliau berkata permohonannya sebelum ini telah ditolak oleh pihak berkuasa dan berharap permohonan keduanya akan diterima.


“Sekarang ini saya sedang cuba dapatkan kerakyatan melalui status Penduduk Tetap (PR) selepas ditolak sebelum ini.

Kerajaan Singapura tolonglah berikan saya kerakyatan supaya saya dapat bermain dengan skuad kebangsaan,”

katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas perlawanan Kumpulan H Piala AFC 2022 antara KL City FC dan Tampines Rovers.

Dalam pada itu, Nakamura menyalahkan dirinya atas kegagalan pasukan mencatatkan sebarang kemenangan pada kejohanan tersebut.

Beliau merasakan prestasinya pada kejohanan tersebut tidak memberangsangkan dan meminta maaf kepada semua peminat.

“Saya kecewa saya kerana tidak berjaya membawa kemenangan kepada pasukan, ia adalah kesalahan saya.

Saya juga minta maaf kepada para peminat kerana mereka sudah bersusah payah menempuh perjalanan jauh untuk ke sini.”

Beliau juga bertekad mahu menyumbangkan enam atau sembilan mata sekiranya Tampines Rovers layak ke Piala AFC lagi selepas ini.

Walaubagaimanapun, beliau kini mahu fokus kepada perlawanan seterusnya menentang Albirex Niigata Singapore FC dalam saingan liga.

Nakamura dan rakan sepasukan berkata mereka akan cuba memperbaiki lagi persembahan dan fokus untuk mendapatkan kemenagan pada perlawanan seterusnya.