Hassan Sazali sifatkan anak buah kurang efektif di separuh masa pertama kerana cuaca panas

725

Ketua jurulatih skuad B-19 kebangsaan, Hassan Sazali menyifatkan keputusan seri 0-0 menentang Singapura pada perlawanan kedua Piala AFF B-19 adalah baik buat pasukannya.

Menurut Hassan, pemainnya beraksi dengan lebih baik pada separuh masa kedua kerana cuaca yang tidak terlalu panas berbanding separuh masa pertama.


“Ini adalah keputusan yang agak baik kerana kita masih belum tewas lagi setakat ini dan memperolehi satu mata.

Dalam dua perlawanan pertama ini kita bermain pada waktu petang dengan cuaca yang panas jadi saya lihat para pemain lebih efektif pada separuh masa kedua berbanding separuh masa pertama,”

katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pertukaran yang dilakukan pada separuh masa kedua berjaya menjadikan pasukan lebih efektif tetapi tidak bernasib baik gagal menjaringkan gol.

Hassan berkata, barisan pertahanan Singapura yang tersusun menyukarkan para pemainnya menembusi gawang pihak lawan.

“Dengan pertukaran dua pemain pada awal babak kedua saya lihat kita lebih efektif di bahagian serangan.

Barisan pertahan mereka sangat tersusun hari ini dan tidak memberi ruang yang besar kepada kepada kami.”

Malaysia kini mengumpul empat mata selepas menewaskan Kemboja 2-1 pada perlawanan pertama Selasa lalu.

Selepas ini, Malaysia akan bertemu Timor Leste pada 9 Julai (Sabtu) pukul 8.00 malam waktu Malaysia.