Kecederaan Paolo dan penggantungan Kenny rencat aksi cemerlang KL City FC

275

Pasukan Kuala Lumpur City FC gagal meneruskan momentum kecemerlangan di Piala AFC 2022 setelah tewas tipis 1-0 di tangan pasukan Selangor FC di saingan Piala FA malam tadi.

Pasukan KL City berjaya melakukan beberapa asakan merbahaya ke arah gawang gol Selangor pada awal minit perlawanaan terpaksa meneruskan perjuangan tanpa kehadiran ketua pasukan, Paolo Josue yang terpaksa dikeluarkan pada babak pertama.


Ketua jurulatih Bojan Hodak bagaimanapu berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kesemua pemain yang diturunkan.

“Permainan ini sangat seimbang, kami membuat beberapa kesilapan tetapi kami berjaya menghalang barisan serangan pasukan Selangor.

Kami bermain untuk menjaringkan gol, tapi kami tidak bernasib baik apabila Paolo terpaksa dikeluarkan kerana cedera.

katanya.

Kemasukan pemain sayap, Hadin Azman sedikit sebanyak turut membantu menghadirkan beberapa peluang keemasan kepada penyerang baru, Jordan Mintah yang berjaya melakukan beberapa percubaan ke arah pintu gol Selangor.

Pada masa yang sama, pasukan The City Boys dilihat sedikit tempang tanpa kehadiran seorang pemain yang mampu mengemudi bahagian tengah.

Ketiadaan pemain tengah, Kenny Pallraj sedikit sebanyak memberi kesan kepada keseluruhan persembahan pasukan ini.

“Kenny tidak dapat bermain ekoran penggantungan beliau untuk beberapa perlawanan.

Kami masih menunggu keputusan rayuan yang dilakukan oleh beliau kepada FAM sebelum ini.”

Bojan perlu mencari formula yang sesuai untuk mendapatkan keserasian di kalangan pemainnya terutama Jordan yang baru dimasukkan secara pinjaman pada jendela perpindahan kedua baru-baru ini.

“Jordan akan lebih berkesan di bahagian serangan sekiranya beliau dapat membina kesefahaman dengan rakan sepasukannya yang lain.”

Ketajaman Jordan selepas ini akan terus ditagih untuk membantu pasukan ibu kota bagi memberikan saingan yang hebat di Liga Super.

Tambahan pula, kemasukan Jordan akan menjadi tonik tambahan kepada pasukan menjelang aksi separuh akhir Piala AFC 2022 zon ASEAN menentang pasukan Viettel FC pada bulan Ogos ini.