Luqman Hakim, Hadi Fayyadh harus contohi Egy Maulana untuk minit permainan – Penganalisis bola sepak Indonesia

2,427

Isu mengenai minit permainan dua prospek masa depan Malaysia yang kini berkelana di luar negara, Luqman Hakim Shamsudin dan Hadi Fayyadh seringkali menjadi perbualan peminat bola sepak tempatan

Sejak menyertai K.V. Kortrijk pada 2020, Luqman hanya diturunkan sekali sahaja dalam perlawanan kompetitif yang mana beliau masuk sebagai pemain gentian pada minit ke-74 menentang Anderlecht pada 2020.


Hadi Fayyadh yang berada di Jepun sejak 2019 bersama Fagiano Okayama telah dipinjamkan kepada Azul Claro Numazu pada 2021 juga hanya sekali melakukan penampilan dalam perlawanan kompetitif, juga dari bangku simpanan.

Bagi penganalisis bola sepak muda dari Indonesia, Yusuf Raihan berkata mungkin kelab yang diwakili oleh kedua-dua pemain itu kini terlalu besar buat mereka.

Beliau berkata usia 19 hingga 21 tahun adalah usia kritikal buat pemain muda membentuk diri mereka.

“Ketika ‘golden age’ iaitu pada usia 19 hingga 21 tahun ini, minit permainan adalah penting untuk meningkatkan lagi tahap permainan.

Mungkin pasukan atau liga sekarang terlalu tinggi buat mereka jadi tidak salah berpindah ke pasukan atau liga lain dahulu mungkin secara pinjaman,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau memberi contoh pemain muda Indonesia, Egy Maulana Vikri yang ketika ini bersama kelab Slovakia, FK Senica.

Menurut Raihan, sebelum Egy berpindah ke Slovakia beliau terlebih dahulu bermain di Poland bersama Lechia Gdansk dari tahun 2018 hingga 2021, namun hanya melakukan 10 penampilan.

Sejak bersama FK Senica pada 30 August 2021, beliau kini sudah beraksi dalam 20 perlawanan buat kelab itu.

“Luqman pun sekarang bermain di liga Belgium, jadi pasti susah baginya untuk mencabar pemain utama.

Mungkin apa yang perlu dilakukan sekarang adalah mencari pasukan lain yang boleh berikannya minit permainan.”

Tambahnya lagi, kedua-dua pemain itu boleh mencontohi apa yang dilakukan Egy untuk mendapatkan minit permainan sekaligus meningkatkan kualiti permainan mereka.

Kualiti permainan kedua-dua pemain itu tidak dapat ditingkatkan sekiranya mereka hanya memanaskan bangku simpanan sahaja.

Oleh itu, mereka perlu ambil keputusan drastik untuk mengubah angin dan mencari pasukan baru sekiranya mereka karier bola sepak mereka berkembang.