Kini anda boleh dapatkan LiveSkor Malaysia di aplikasi Harimau Malaya

468

Berita baik buat peminat bola sepak Liga Malaysia! Kini anda boleh mendapatkan keputusan terkini kesemua perlawanan bola sepak iaitu Liga Super, Liga Perdana, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Dunia secara live di LiveSkor di aplikasi Harimau Malaya.

Anda bukan sahaja dapat mengetahui keputusan semasa, tetapi juga dapat melihat jadual perlawanan kesemua pasukan di Liga Malaysia.


Mungkin sebelum ini anda sudah terbiasa dengan LiveScore yang menyediakan keputusan perlawanan di seluruh dunia, tetapi fungsinya untuk Liga Malaysia amat terhad kerana biasanya mereka hanya memaparkan keputusan sahaja.

Berbeza dengan LiveSkor Harimau Malaya, yang mana ia mempunyai pelbagai fungsi menarik untuk peminat bola sepak tanah air.

Antaranya, anda boleh melihat ringkasan perlawanan iaitu minit keberapa gol dijaring, nama pemain yang menjaringkan gol dan juga pemain yang dikenakan kad.

LiveSkor juga menyediakan senarai pemain gantian yang masuk menggantikan pemain utama.

Pada masa sama anda boleh melihat head to head antara pasukan yang akan turun beraksi serta kedudukan semasa pasukan tersebut di carta liga.

Fungsi-fungsi lain juga akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Untuk melihat LiveSkor Harimau Malaya ini anda tidak perlu muat turun aplikasi berbeza, sebaliknya ia sudah tersedia di portal Harimau Malaya iaitu www.harimaumalaya.com.my dan juga di aplikasi Harimau Malaya untuk telefon pintar.

Aplikasi Harimau Malaya mempunyai pelbagai berita sukan yang menarik di dalam dan di luar negara termasuk berita eksklusif dan bermacam lagi.

Tidak tahu bagaimana hendak muat turun aplikasi Harimau Malaya? Tonton video di bawah ini.

Jom, download sekarang!