Jurulatih paling dikehendaki di Malaysia, bila Tan Cheng Hoe akan buat kemunculan semula?

2,651

Sejak melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih negara awal tahun ini, Tan Cheng Hoe nampaknya selesa menikmati masa rehat yang panjang dan tidak terburu-buru untuk membuat kemunculan semula.

Walaupun terdapat banyak kelab yang dikaitkan dengannya, Cheng Hoe tetap tenang dan hanya menafikan sahaja khabar angin yang timbul.


Antara pasukan-pasukan yang dikaitkan dengannya adalah Selangor FC, Sri Pahang FC dan juga bekas kelabnya, Kedah Darul Aman FC.

Selain itu, beliau juga dikaitkan dengan skuad B-23 negara selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melepaskan Brad Maloney dari jawatan sebagai ketua jurulatih.

Dengan reputasi yang dimiliki oleh beliau, tidak hairan namanya sering dikaitkan dengan banyak pasukan.

Beliau boleh dikatakan antara jurulatih tempatan yang terbaik berdasarkan rekod dan pencapaiannya.

Pernah memenangi Liga Perdana, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih bersama Kedah, selain jurulatih terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan, mana-mana pasukan pasti akan beruntung jika dapat khidmat beliau.

Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang disegani dan dihormati oleh semua pihak dalam arena bola sepak tempatan.

Ketika beliau melepaskan jawatannya, ramai juga pihak yang merasakan bahawa ia adalah satu perkara yang rugi dan merasakan bahawa beliau adalah mangsa keadaan.

Dalam pada itu, Cheng Hoe juga mengakui bahawa beliau akan mempertimbangkan untuk kembali semula jika ada kelab yang serius untuk mendapatkannya.

Mungkin sehingga kini beliau masih belum mendapat tawaran yang betu-betul ‘menggoda’ untuk membuatkannya kembali.

Ramai rasanya peminat bola sepak tempatan yang rindu untuk melihat ‘Cheng Hoe-ball’ semula.

Diharapkan beliau akan kembali melatih mana-mana pasukan kelak tidak kiralah sama ada pasukan kebangsaan, pasukan Liga Malaysia atau mungkin juga pasukan luar negara.