UITM FC akan berwajah baru
UITM FC sebuah pasukan yang ditubuhkan dari institut pengajian tinggi UITM. Merupakan pasukan pertama dari IPT yang berjaya main di Liga Super. Pada awalnya UITM FC dikhabarkan bakal menarik diri dari kancah Liga Malaysia kerana isu kekurangan dana setelah penswastaan liga dilakukan. Termasuk beberapa siri masalah seperti masalah jurulatih dan tunggakan gaji semakin membuat pengurusannya kusut. Apabia semakin kekurangan dana, pengurusan UITM FC mula untuk mencari pemilik baru.
Setelah sekian lama mencari untuk persiapan The Lions Troops pada musim 2022 yang akan beraksi di Liga Premier. Seorang pemilik syarikat korporat berminat untuk mengambil alih UITM FC. Beliau menjalankan peniagaan perdagangan bagi menguatkan status beliau sebagai pemilik UITM FC akan datang. Malahan, mungkin pemilik syarikat korporat tersebut boleh dikatakan antara taikun dalam bidang perdagangan. Beliau telah mengadakan perbincangan bersama pihak UITM FC untuk mencapai kata sepakat.
UITM FC akan memberi 80% saham miliknya kepada pemilik baharu serta mereka akan bertanggungjawab sepenuhnya apabila musim baru bermula. Ramai mula berteka teki siapakah gerangannya. Adakah Beliau Tan Sri Syed Mokhtar salah seorang taikun perniagaan. Berdasarkan kewangan yang kukuh Tan Sri Syed Mokhtar sangat berkemampuan untuk membeli pasukan UITM FC lalu memberi ruang kepada anak-anak muda untuk mengasah dan menunjuk bakat mereka dalam bola sepak. Selain itu, satu fakta menarik tentang UITM FC ini adalah setiap pemain harus mengambil Kursus Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi MARA jika ingin bermain bagi UITM FC termasuk pemain import.
Adakah kata-kata ini akan menjadi kenyataan. Kita tunggu susulan kenyataan atau pengumuman rasmi daripada pihak UITM FC tentang siapa bakal menjadi pemilik baru mereka.