Mungkinkah Fandi Ahmad ‘tarik’ anaknya, Ilhan ke Sri Pahang FC musim depan untuk teruskan legasi?

1,623

Penstukturan Liga Malaysia bermula musim depan mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada banyak pihak yang memberi pandangan masing-masing.

Bagi penasihat teknikal Sri Pahang FC, Fandi Ahmad, beliau memuji penstukturan baru itu yang disifatkan mampu menaikkan lagi nilai komersilnya.


Menurutnya, perubahan itu juga boleh memberi manfaat kepada semua pasukan dan para pemain kerana jumlah perlawanan yang semakin banyak.

Dengan pujian yang diberikan itu, beliau secara tidak langsung mengakui bahawa Liga Malaysia akan menjadi semakin baik selepas ini.

Fandi juga baru sahaja berpindah ke Malaysia baru-baru ini, jadi mungkinkah beliau akan ‘menarik’ anaknya yang beraksi di Singapura ketika ini, Ilhan untuk bersama beliau di Sri Pahang?

Ketika ini, Ilhan merupakan penyerang utama untuk kelab Albirex Niigata dan beraksi dengan amat cemerlang dengan 10 gol dalam 11 perlawanan musim ini.

Berdasarkan ranking, Liga Super merupakan liga yang terbaik di ASEAN dan boleh dikatakan jauh lebih baik dari Liga Perdana Singapura, sekiranya Ilhan menyertai ayahnya ia adalah satu peningkatan dalam karier beliau.

Fandi sememangnya individu yang tidak asing lagi dalam arena bola sepak Pahang, pernah membantu pasukan itu memenangi kejuaraan double pada tahun 1992.

Kehadiran semula beliau ke Sri Pahang baru-baru ini juga dianggap sebagai sirih pulang ke gagang dan disambut baik oleh penyokong kelab itu.

Sekiranya Fandi berjaya membawa anaknya ke Sri Pahang beliau pastinya akan lebih disayangi oleh para penyokong Tok Gajah.

Barisan serangan Sri Pahang juga sudah tentu akan menjadi lebih tajam dengan kehadiran penyerang muda prolifik seperti Ilhan.

Pada usia 19 tahun, beliau mampu mencipta legasi sendiri di Sri Pahang dan dalam Liga Malaysia melebihi apa yang dikecapi oleh bapanya.