Azhad Harraz mahu ulangi kejayaan Piala AFF B-19, sedia diturunkan walaupun kecederaan bahu masih belum pulih

590

Penyerang B-19 kebangsaan, Azhad Harraz Arman menyasarkan untuk menjadi juara Youth International U-19 Football Tournament 2022 yang akan berlangsung pada 5 hingga 11 Ogos ini di Binh Duong, Vietnam.

Menurutnya, walaupun skuad kali ini dibarisi ramai pemain baru, beliau mahu mengulangi kejayaan skuad sebelum ini yang berjaya menjulang Piala AFF B-19 di Indonesia bulan lalu.


“Sasaran saya harus menang kejohanan ini kerana kita sudah menjadi juara Piala AFF B-19 baru-baru ini.

Mungkin ada tekanan kerana nak teruskan momentum itu, tetapi kami harus kerja keras dan tidak boleh mengambil mudah pasukan lain,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Azhad sebelum ini terpaksa disisihkan daripada kejohanan tersebut akibat kecederaan bahu yang dialaminya.

Mengenai kecederaannya itu, beliau mengakui masih belum pulih sepenuhnya namun tetap bersedia sekiranya jurulatih mahu menurunkannya.

Beliau berkata, kejohanan ini adalah peluang untuk beliau membuktikan kemampuan dirinya kepada ketua jurulatih, Hassan Sazali Waras

“Saya akan cuba beri yang terbaik pada kejohanan ini untuk merebut tempat dalam pasukan bagi kelayakan Piala Asia B-20 September ini.

Mungkin kejohanan sebelum ini bukan rezeki saya, jadi ini adalah masa untuk saya buktikan kemampuan saya.”

Beliau berkata segala persiapan berjalan lancar dan keserasian tidak menjadi masalah walaupun banyak pemain mewakili kelab berbeza.

Selain Malaysia, kejohanan tersebut turut disertai Vietnam sebagai tuan rumah, Thailand dan juga Myanmar.

Malaysia akan memulakan aksi menentang Thailand pada 5 Ogos diikuti Vietnam pada 7 Ogos dan Myanmar pada 9 Ogos.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen