Shane Lowry tiada masalah bergandingan dengan sesiapa, semua pemain tahu tanggungjawab masing-masing

912

Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Shane Lowry tidak kisah digandingkan dengan sesiapa sahaja di posisi pertahanan kerana sudah serasi dengan semua pemain.

Menurutnya, semua pemain sudah berlatih bersama dalam satu sistem sejak awal musim jadi tidak mempunyai masalah untuk bergandingan dengan sesiapa sahaja.


“Semua pemain sudah tahu tanggungjawab masing-masing jadi sesiapa saja yang main saya tidak kisah.

Tetapi apa yang penting kami berjaya mara ke perlawanan akhir dan tidak sabar untuk beraksi nanti,”

katanya.

Beliau berkata demikian selepas perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Penang FC yang menyaksikan JDT menang besar 6-1.

Dalam pada itu, beliau mengakui terkilan kerana terlepas peluang menjaringkan gol tetapi akan terus berusaha untuk menjaringkan lebih banyak gol pada masa depan.

“Sudah tentu saya nak jaringkan gol kerana kami dapat banyak sepakan penjuru musim ini jadi sepatutnya saya boleh jaringkan banyak gol.

Tetapi bagi saya clean sheet adalah lebih penting dan kami bolos satu gol malam ini, jadi saya akan perbaiki perkara itu.”

Selepas berjaya mara ke perlawanan akhir, Lowry bertekad mahu menambah koleksi piala dan sudah tidak sabar mahu turun beraksi.

Namun, beliau mahu memberi tumpuan kepada perlawanan liga seterusnya menentang Terengganu FC terlebih dahulu.