Brendan Gan harap kecederaan hamstring tak serius

781

Pemain tengah Selangor FC, Brendan Gan berharap agar kecederaan hamstring yang dialaminya tidak serius dan beliau dapat kembali turun beraksi dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata demikian selepas ditanya kecederaan apa yang dialaminya sehingga beliau tidak dapat meneruskan permainan sehingga ke masa tambahan dalam perlawanan separuh akhir Piala FA yang menyaksikan Selangor tumpas di tangan Terengganu FC dalam penentuan sepakan penalti.


“Ya saya mengalami kecederaan hamstring sedikit tadi, tetapi balik nanti saya akan bertemu dengan pihak medikal pasukan untuk merawat dan mempercepatkan proses pemulihan supaya belia dapat diturunkan pada perlawanan dalam masa terdekat ini,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, Gan tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewanya apabila pasukannya tewas walaupun beraksi dengan cukup baik sekali.

Beliau bagaimanapun memuji kesemua rakan sepasukannya terutama pemain muda yang mempamerkan corak permainan yang cukup menarik.

“Saya sangat bangga dengan kesemua pemain hari ini. Usaha dan semangat juang tinggi yang dipamerkan termasuklah pemain yang mengambil sepakan penalti.

Bukan mudah untuk bermain dihadapan puluhan ribu penyokong tuan rumah, tetapi pemain kekal fokus dan bersemangat sehingga ke wisel penamat.”

Dalam pada itu, pemain kacukan Malaysia-England ini tidak menyalah barisan pertahanan pada separuh masa kedua menyebabkan pemain lincah Faisal Halim berjaya menyamakan kedudukan kepada 1-1 pada minit ke-48.

Sebaliknya beliau berkata kelekaan sedikit oleh pemain telah menyebabkan mereka berjaya dibolosi pihak lawan.

Pada perlawanan malam tadi, Selangor dan Terengganu terikat 1-1 sehingga tamat 90 minit permainan.

Mereka kemudian bermain dalam masa tambahan, 30 minit tetapi masih gagal mendapatkan gol kemenangan walaupun mempunyai banyak peluang terhidang.

Bagaimanapun ketika penentuan sepakan penalti, dua sepakan daripada Aliff Haiqal dan Yazan Al-Arab.