Isu gaji kembali lagi! Kelab besar dari Borneo didakwa sudah empat bulan tak bayar gaji pemain

3,689

Isu tunggakan gaji nampaknya terus membelenggu Liga Malaysia musim ini selepas sebuah kelab besar yang berpangkalan di Borneo dilaporkan sudah empat bulan tidak membayar gaji pemainnya.

Perkara itu didedahkan oleh seorang sumber dalaman kelab kepada Harimau Malaya yang sudah tidak tahan dengan sikap tidak bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan


Menurutnya, ada pemain yang sudah memboikot sesi latihan pasukan kerana sudah lama tidak mendapat gaji.

Tambah sumber itu, beliau akan mendedahkan mengenai masalah itu dengan lebih mendalam kelak.

Difahamkan, ini bukanlah pertama kali kelab itu berdepan masalah tunggakan gaji sehingga pernah dikenakan tindakan.

Diharapkan, masalah ini akan selesai dengan segera dan pihak berwajib seperti Malaysian Football League (MFL) dapat campur tangan bagi menyelesaikan perkara ini.

Musim ini saja, sudah berapa kali Liga Malaysia digemparkan dengan isu tunggakan gaji sehingga ada kelab yang dikenakan sekatan daripada mendaftarkan pemain baru.

Sampai bilakah masalah tunggakan gaji seperti ini akan terus membelenggu Liga Malaysia?

Dengan penstukturan liga yang akan berlaku musim depan, kelab dijangka akan mengeluarkan perbelanjaan yang lebih banyak berbanding musim ini.

Sekiranya isu ini tidak diselesaikan, dijangka banyak lagi pasukan yang akan menghadapi masalah sama musim depan.