Pemain profesional dibenarkan berlatih bersama BAM beri manfaat besar buat Ng Tze Yong, S. Kisona

3,420

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akhirnya bersedia untuk membuka pintu kepada pemain-pemain profesional negara untuk berlatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM) bersama

Menurut presidennya, Tan Sri Norza Zakaria, perkara itu dapat memberi manfaat kepada pemain-pemain di bawah badan induk itu serta pemain profesional negara meningkatkan lagi tahap permainan mereka.


Keputusan BAM ini dilihat sebagai satu langkah ke hadapan oleh badan induk itu kerana mampu mewujudkan persaingan yang sihat antara kedua-dua kelompok pemain tersebut.

Beberapa pemain profesional mampu menjadi rakan sepelatih (sparring partner) yang baik buat pemain dalam BAM contohnya Lee Zii Jia dan Liew Daren bagi perseorangan lelaki.

Ketika ini, Ng Tze Yong yang merupakan perseorangan lelaki utama BAM dilihat tidak mempunyai rakan sepelatih yang setaraf dengannya.

Sekiranya BAM membuka pintu kepada Lee Zii Jia dan Liew Daren yang kedua-duanya berada di ranking lebih tinggi daripada Tze Yong, ini dapat meningkatkan lagi permainannya.

Ia juga baik bagi perseorangan wanita utama BAM, S. Kisona sekiranya dapat berlatih bersama Soniia Cheah yang berada di ranking lebih tinggi daripadanya serta Goh Jin Wei yang boleh dikatakan setaraf dengannya.

Bukan itu sahaja, fasiliti yang ada di ABM adalah yang terbaik di negara ini jadi ia turut memberi manfaat kepada pemain profesional yang datang berlatih.

Namun, bukan semua pemain yang akan dibenarkan untuk berlatih di ABM, tetapi hanya mereka yang berada di ranking tertentu sahaja.

Ini juga adalah satu syarat yang baik kerana sudah tentu pemain-pemain profesional akan berusaha meningkatkan lagi ranking mereka supaya terpilih untuk berlatih di ABM.

Ia akan menjadi situasi menang-menang (win-win situation) buat kedua-dua pihak serta bagi badminton negara secara keseluruhan.