Tak salah ‘rembat ubi’ kelab lain jika pasukan tidak dapat beri apa pemain mahu
Gergasi Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) baru-baru ini dilaporkan telah menyambar tiga pemain B-19 Terengganu FC untuk bersama mereka.
Di media sosial, penyokong Terengganu meluahkan perasaan mereka mengenai perkara itu dan rata-rata menyalahkan pengurusan yang lambat membuat kerja.
Sebelum ini juga, pencari bakat JDT turut kelihatan berada di kejohanan Yakult Global Challenger (YGC) Cup 2022 Zon Utara yang berlangsung di Alor Setar, Kedah.
Antara kebanyakan kelab di Malaysia ini, boleh dikatakan hanya JDT yang begitu aktif menghantar pencari bakat mereka ke seluruh negara.
Mereka juga sering menarik ramai ubi muda berbakat untuk ke selatan tanah air.
Namun tidak adil untuk meletakkan kesalahan kepada pasukan JDT kerana ia adalah perkara yang normal dalam bola sepak.
Sudah tentu ada sebab pemain-pemain muda berhasrat untuk berhijrah ke JDT dan tidak mahu kekal dalam pasukan.
Sekiranya kelab cukup bagus sudah tentu pemain akan berasa untuk kekal bersama mereka
Kelab-kelab lain harus menjadikan ini sebagai ‘wake up call’ dan mencari sebab mengapa pemain-pemain mereka lebih berminat untuk keluar berhijrah ke kelab lain.
Selain itu, mengambil inspirasi untuk meningkatkan tahap scouting mereka supaya tidak bergantung penuh kepada pembelian pemain yang belum tentu menjadi.