Terima kasih Indonesia pinjamkan ‘tangan ajaib’ Rexy, julang nama Malaysia di Kejohanan Dunia
Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky akhirnya boleh menarik nafas lega susulan kejayaan pasangan beregu negara, Aaron Chia/Soh Wooi Yik menakluk Kejohanan Dunia baru-baru ini.
Aaron dan Wooi Yik berjaya mempamerkan kebangkitan luar biasa setelah mengalahkan beberapa pasangan hebat dalam perjalanan menuju ke perlawanan akhir.
Kejayaan ini cukup bermakna untuk kesemua peminat badminton Malaysia yang telah sekian lama berharap agar kemarau skuad negara merangkul pingat emas di Kejohanan Dunia dapat ditamatkan.
Kemenangan ini menutup terus episode duka yang terpaksa dilalui oleh pasangan ini selepas kecundang di beberapa kejohanan besar tahun ini.
Pasangan negara ini telah menewaskan beregu veteran Indonesia, Hendra Setiawan/Mohd Ahsan di pentas final dengan keputusan 21-19, 21-14.
Motivasi selaku wakil tunggal negara di pentas akhir Kejohanan Dunia tahun ini jelas menjadi pembakar semangat kepada kedua-dua pemain untuk memperagakan aksi menyakinkan pada perlawanan tersebut.
Aaron/Wooi Yik tampak lebih mendominasi perlawanan sehingga menyebabkan pasangan Indonesia tersebut seringkali melakukan unforced error yang menghadiahkan mata berharga kepada negara.
Kemenangan ini tidak mudah untuk dicapai, kehadiran jurulatih berpengalaman seperti Rexy jelas memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti permainan pasukan ini.
Penyokong badminton negara semestinya berterima kasih kepada jurulatih dari Indonesia tersebut yang telah banyak menyumbang kepada sukan badminton negara.
Terdahulu, Rexy pernah melatih bekas pasangan beregu lelaki utama negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong bermula tahun 2005.
Meskipun tidak berjaya meraih gelaran juara dunia di bawah bimbingan Rexy, Koo/Tan tetap mendominasi arena badminton antarabangsa pada ketika itu.
Beregu ini berjaya menewaskan pasangan Indonesia, Luluk Hadiyanto/Alvent Yulianto untuk merangkul pingas emas di Sukan Asia 2006.
Setahun selepas itu, mereka terus pamer kehebatan menerusi kejayaan memenangi Kejohanan Seluruh England pada tahun 2007 selepas menewaskan beregu utama China, Cai Yun/Fu Haifeng.
Jelas terbukti, kehadiran Rexy sedikit sebanyak membantu pasukan beregu negara untuk beraksi cemerlang di kejohanan-kejohanan utama dunia.
Tidak dapat dinafikan, kemasukan jurulatih dari Indonesia ke dalam barisan kejurulatihan pemain Malaysia telah memberi impak positif kepada pencapaian negara.
Ketika ini, barisan pemain perseorangan negara turut dilatih oleh jurulatih dari Indonesia, Hendrawan.
Hendrawan sebelum ini berjaya membimbing pemain perseorangan No. 1 negara, Lee Zii Jia untuk memenangi Kejohanan Seluruh England pada tahun 2021.
Selain cemerlang sebagai seorang jurulatih, Rexy turut memilki pencapaian yang cukup gemilang sebagai seorang legenda badminton Indonesia.
Beliau pernah meraih gelaran juara dunia pada tahun 1995 bersama pasangannya, Ricky Subagja selepas menewaskan pa

Beliau pernah meraih gelaran juara dunia pada tahun 1995 bersama pasangannya, Ricky Subagja selepas menewaskan pasangan Denmark, Jon Holst-Christensen/Thomas Lund di perlawanan akhir.
Walau bagaimanapun, besar harapan peminat untuk melihat kebangkitan jurulatih tempatan dalam membimbing skuad badminton negara.
Kita memiliki barisan jurulatih tempatan yang berkualiti namun belum mempunyai kesempatan untuk memperagakan kebolehan di pentas tertinggi.
Kejayaan Rexy membimbing Aaron/Wooi Yik mungkin boleh dijadikan sebagai sebuah penada aras terbaik untuk kita melihat kebangkitan jurulatih tempatan suatu hari nanti.
sangan Denmark, Jon Holst-Christensen/Thomas Lund di perlawanan akhir.