KV Kortrijk pecat pengurus, ini peluang terbaik Luqman Hakim ‘pikat’ hati pengedali baru

1,499

Kelab Belgium, KV Kortrijk mengumumkan pemecatan pengurusnya, Karim Belchocine selepas hampir setahun membimbing pasukan itu.

Pemecatan itu disebabkan permulaan buruk kelab itu dalam liga, hanya satu kemenangan dan satu seri daripada enam perlawanan, menyebabkan mereka kini berada di tangga kedua tercorot.


Bagi penyerang muda negara yang berada di kelab itu, Luqman Hakim Shamsudin, pemecatan itu mungkin menjadi satu ‘rahmat’ buatnya yang gagal memikat hati pengendali daripada Perancis itu.

Luqman langsung tidak pernah diturunkan dalam perlawanan kompetitif oleh Belchocine, dan hanya pernah diturunkan ketika perlawanan persahabatan pra-musim.

Beliau hanya pernah beraksi dalam satu perlawanan untuk KV Kortrijk, itupun dua tahun lalu sebagai pemain gantian.

Jadi, ini merupakan peluang buat Luqman untuk membuktikan kemampuannya kepada pengurus baru yang akan dilantik kelak.

Dalam satu hantaran Instagram, beliau ada memuatnaik satu Instastory yang menunjukan beliau tersenyum gembira dengan lengkap berjersi pasukan.

Itu mungkin petanda bahawa pemain berusia 20 tahun itu bersedia untuk mengambil peluang itu untuk mendapat tempat dengan lebih kerap dalam pasukan.

Luqman boleh menjadikan rakan sepasukannya dari Jepun, Tsuyoshi Watanabe contoh pemain Asia juga mampu menjadi tonggak pasukan sekiranya berusaha bersungguh-sungguh.

Watanabe tiba ke kelab itu dari liga Jepun awal Januari tahun ini dan berjaya mengukuhkan tempatnya dalam kesebelasan utama pasukan.

Ini juga adalah masa yang sesuai buat Luqman untuk membuktikan kepada para pengkritik bahawa keputusan beliau untuk terus berkelanan di Eropah adalah tepat.